Harian Metro

Usaha turun harga pastikan Internet jalur lebar mampu dimiliki rakyat

-

Usaha diambil syarikat telekomuni­kasi tempatan menurunkan harga

Internet jalur lebar adalah langkah tepat dalam menyediaka­n akses Internet mampu milik kepada rakyat di negara ini.

Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, ia meletakkan Malaysia selangkah ke hadapan dalam mencapai objektif Pelan Sambungan

Seluruh Negara (NCP).

Beliau berkata, pihaknya menyokong inisiatif

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta kerjasama penyedia perkhidmat­an khususnya Celcom, Maxis, TIME dan TM bagi memastikan jalur lebar mampu dimiliki rakyat.

Katanya, CFM akan memantau perkhidmat­an baru yang ditawarkan penyedia perkhidmat­an kepada pengguna selain menggalakk­an pengguna menjadi lebih berinforma­si sebelum melanggan pakej.

Bagaimanap­un, katanya, meskipun harga dikurangka­n, CFM masih menerima pertanyaan dan rungutan di media sosial mengenai maklumat terperinci berkaitan tawaran harga itu.

“Semakan semula harga jalur lebar adalah sesuatu yang baru kepada pengguna dan saya percaya mereka tidak mendapat maklumat mencukupi mengenai harga, kelajuan dan syarat,” katanya.

 ??  ?? PENYEDIAAN Internet jalur lebar kepada rakyat selaras matlamat NCP.
PENYEDIAAN Internet jalur lebar kepada rakyat selaras matlamat NCP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia