Harian Metro

Sasar jual 20,000 peranti E-TAG

-

Lumpur: EFKON Asia Sdn Bhd, penyedia teknologi sistem kutipan tol infra merah di lebuh raya Malaysia melancarka­n jenama peranti tag infra merahnya sendiri dikenali E-TAG.

E-TAG yang dikeluarka­n syarikat dari Austria itu boleh didapati di rangkaian luar talian seperti stesen minyak di samping jualan dalam talian MaxTAG oleh Sigma Technology Sdn Bhd di www.lazada.com.my dan www.11street.my.

Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi EFKON Asia, Helmuth Blasch berkata, peranti generasi terkini itu menampilka­n pemproses mikro baru dan paparan yang dipertingk­atkan untuk prestasi dan kebolehper­cayaan yang lebih baik.

Beliau berkata, peranti itu menawarkan fungsi mudah alih, kebolehper­cayaan dan keberkesan­an kos yang lebih baik.

“Peranti E-TAG akan berada di pasaran dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi. Bagi MaxTAG pula, ia sudah berada di pasaran beberapa minggu lalu dengan kira-kira 4,000 unit dijual dalam tempoh dua setengah minggu,” katanya di pelancaran E-TAG di sini, semalam.

Mengulas mengenai sasaran jualan, Blasch berkata, pihaknya menyasarka­n menjual 20,000 unit peranti tag infra merah sebulan.

Beliau berkata, EFKON merancang memperluas­kan penyediaan peranti tag inframerah dipasang siap dalam model kereta di negara ini.

Ketika ini, katanya, peranti TAG infra merah keluaranny­a dipasang dalam model Toyota Rush dan Myvi baru.

 ??  ?? BLASCH (tengah) melancarka­n peranti infra merah E-TAG, semalam.
BLASCH (tengah) melancarka­n peranti infra merah E-TAG, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia