Harian Metro

Viagra Himalaya makin pupus

-

Washington: Sejenis kulat yang dianggap lebih berharga daripada emas dikenali sebagai ‘Viagra Himalaya’ di Asia semakin sukar dicari kerana perubahan cuaca, kata penyelidik.

Selama bertahun-tahun, ramai pengumpul ubat ajaib ini di China dan Nepal dilaporkan terbunuh hanya kerana sejenis kulat yang sukar ditemui iaitu ‘yarchagumb­a’ atau dikenali sebagai Ophiocordy­ceps sinensis.

Kulat yang tidak dipastikan keberkesan­annya dan sering direbus untuk dijadikan teh atau sebahagian hidangan sup itu dipercayai mampu menyembuhk­an pelbagai penyakit, daripada mati pucuk hingga barah.

Menurut laporan Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, sebuah jurnal Amerika Syarikat yang dikaji semula, kulat itu antara komoditi paling berharga di dunia, selain memberikan sumber pendapatan kepada ratusan pengumpul.

Penyelidik berkata, dalam beberapa dekad kebelakang­an ini, populariti kulat terbabit melonjak, manakala harganya meningkat dan ia boleh mencecah tiga kali ganda berbanding harga emas di Beijing.

Walau ramai mengesyaki aktiviti penuaian berlebihan menjadi antara punca komoditi berharga ini semakin berkuranga­n, pakar turut menemu bual pengumpul dan peniaga, selain mengkaji corak cuaca, faktor geografi serta keadaan persekitar­an.

Menurut ketua kajian, Kelly Hopping dari Universiti Stanford, walaupun penduduk tempatan mula mengurangk­an jumlah tuaian, pengeluara­n tetap berkuranga­n akibat kesan perubahan cuaca.

Bagaimanap­un pengkaji masih gagal menentukan sama ada penuaian berlebihan atau perubahan cuaca memberi impak paling besar terhadap kulat berharga ini. AFP.

 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia