Harian Metro

Jumpa mayat Jamal?

„ Anggota badan wartawan Arab Saudi didakwa ditemui dalam perigi di konsulat

- Agensi

Beberapa anggota badan dipercayai wartawan Jamal Khashoggi dijumpai dalam sebuah perigi di konsulat Arab Saudi di sini, kata seorang pemimpin pembangkan­g Turki.

Akhbar Turki Haberler melaporkan, ketua parti Rodina, Dogu Perincek dalam satu wawancara berkata, anggota badan itu ditemui dalam perigi yang terletak di tingkat bawah konsulat berkenaan.

Sky News melaporkan, sisa mayat yang dikerat ditemui ketika pencarian forensik dengan wajah Ja- mal ‘dicacatkan.’

Pihak berkuasa Turki enggan mengulas pendedahan itu, yang dibuat ketika Presiden Recep Tayyip Erdogan mendedahka­n ‘kebenaran’ di sebalik pembunuhan wartawan Arab Saudi berkenaan di Parlimen, semalam.

Erdogan berkata, sistem pengawasan di konsulat Arab Saudi sengaja dinyahakti­fkan sebagai persediaan untuk melaksanak­an pembunuhan Jamal.

“Mereka (suspek) mengeluark­an cakera keras daripada sistem kamera. Ini pembunuhan politik,” katanya dipetik AFP.

Jamal hilang dan dilaporkan dibunuh ketika memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu.

memetik Erdogan berkata, Jamal mangsa pembunuhan kejam terancang dan menggesa suruhanjay­a bebas menyiasat kematian wartawan itu, manakala kes patut dibicaraka­n di Istanbul. Dia turut menegaskan yakin sepenuhnya Raja Salman akan bekerjasam­a dalam siasatan.

Pelbagai laporan sebelum ini mendakwa ada rakaman membuktika­n Jamal dibunuh dalam tempoh tujuh minit selepas diseksa, disuntik sedatif sebelum dikerat-kerat.

 ??  ?? POLIS mengawal bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul. - EPA
POLIS mengawal bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul. - EPA
 ??  ?? JAMAL dilihat masih hidup ketika masuk ke bangunan konsulat Arab Saudi. - Agensi
JAMAL dilihat masih hidup ketika masuk ke bangunan konsulat Arab Saudi. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia