Harian Metro

BADANG ‘KANTOI’ LAGI

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

„ Atlet angkat berat Pahang positif methylhexa­neamine dan dimethylbu­tlamine

Isu penyalahgu­naan bahan terlarang dalam kalangan atlet yang bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 di Perak semakin meruncing apabila seorang lagi dikesan terbabit dengan masalah berkenaan.

Ia dimaklumka­n Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz semalam sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada empat kes - tiga daripada angkat berat dan satu judo.

Jumlah berkenaan bagaimanap­un mungkin bertambah apabila empat lagi sampel masih diuji di Makmal Ujian Anti Doping di New Delhi, India.

Ramlan memaklumka­n, kes terbaharu yang dikesan itu membabitka­n atlet lelaki berusia 21 tahun dari Pahang dan ia adalah kes kedua atlet berkenaan selepas dikesan positif buat kali pertama pada 2016 kerana mengambil steroid anabolik.

“Kali ini atlet itu dikesan mengambil dua bahan terlarang iaitu methylhexa­neamine dan dimethylbu­tlamine sejenis bahan rangsangan dalam kategori S6 (stimulant prohibited list 2018).

“ADAMAS sudah memaklumka­n perkara itu kepada

Persatuan Angkat Berat Malaysia dan

Majlis Sukan Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia