Harian Metro

Chantha Bin bijak sekat gerakan lawan

-

Kuala Terengganu: Nama pemain import Terengganu FC (TFC), Thierry Chantha Bin tidak sepopular Lee Tuck mahupun penyerang, Kipre Tchetche.

Malah, pemain kebangsaan Kemboja yang dilahirkan di Perancis itu juga tidak menjadi ‘kegilaan’ penyokong.

Tetapi, aspek ketinggian yang dimilikiny­a adalah antara aset penting buat TFC dalam setiap perlawanan kerana keupayaann­ya yang bijak membaca gerakan dan mengekang pemain lawan daripada bermaharaj­alela.

Buktinya pada aksi separuh akhir kedua bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium

Tan Sri Hassan Yunos, Sabtu lalu, kelibat bekas pemain kebangsaan skuad Les Bleus bawah 17 tahun itu harus dipuji kerana menjadi watak penting ketika menyingkir­kan juara bertahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia