Harian Metro

Ulangi detik gemilang 2000 18

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

tahun bukan satu tempoh singkat buat bekas penggempur Perak, Muhammad Khalid Jamlus yang teringin melihat Piala Malaysia kembali ke bumi Darul Ridzuan.

Pada edisi 2000, Khalid menjaringk­an gol pertama Perak di final sebelum V Saravanan melengkapk­an gemilang The Bos Gaurus yang muncul juara dengan mengalahka­n Negeri Sembilan 2-0.

Tujuh tahun selepas itu, Perak sekali lagi mara ke final tetapi Khalid serta rakan sepasukann­ya gagal mengekang kepantasan Kedah dan akibatnya, mereka tewas 0-3 sekali gus menjadi penampilan terakhir mereka di pentas final.

Kesempatan untuk menjulang Piala Malaysia hadir lagi musim ini dan Khalid pantas berkongsi ‘ilmunya’ dengan anak buah Mehmet Durakovic menjelang final menentang Terengganu, Sabtu ini.

“Sentiasa fokus jika mahu menang. Memang bukan mudah untuk menjinakka­n Terengganu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, selepas 18 tahun, sudah pasti beliau mahu melihat piala kebanggaan itu kembali ke Perak namun ia bukan mudah kerana Terengganu turut memiliki kekuatan seimbang.

“Harapan saya sudah tentu nak lihat Perak berjaya menjulang Piala Malaysia dan membawanya pulang seperti 18 tahun lalu.

“Namun, perlawanan akhir bukannya mudah, komitmen kena berikan seratus peratus, sedikit silap memang habis namun saya harap pemain Perak akan memberikan sepenuh tumpuan bagi memastikan kemenangan.

“Terengganu mempunyai keupayaan tersendiri di barisan pertahanan, tengah dan serangan, jadi perlu sentiasa berwaspada bagi memastikan tiada ruang kosong diberikan kepada pasukan itu,” katanya.

Khalid yang kini menjadi penolong jurulatih PDRM FC berkata, pemain juga tidak boleh alpa selepas berjaya menjaringk­an gol kerana dalam perlawanan akhir setiap minit amat berharga.

“Apa yang boleh saya bantu ketika ini hanyalah doa tetapi pemain perlu berusaha. Doa tanpa usaha yang sungguh-sungguh tidak akan membawa sebarang makna,” katanya.

„ Khalid impi Piala Malaysia kembali semula ke tangan Perak selepas 18 tahun

Piala Malaysia itu dengan agregat 3-2.

Bagaimanap­un, pemain yang memulakan kariernya bersama kelab RC Strasbourg di Perancis itu enggan mendabik dada, malah dia juga tidak selesa dipuji kerana apa yang lebih penting baginya adalah untuk memperagak­an aksi terbaik selain kerjasama rakan sepasukan apabila berada di dalam padang.

“Setiap pemain mempunyai keistimewa­an masing-masing, cuma perlu berusaha lebih keras lagi terutama ketika sesi latihan dan buktikan apabila mendapat peluang disenaraik­an dalam kesebelasa­n pasukan.

“Justeru untuk final Sabtu ini bertemu Perak, selain membantu pasukan memenangi gelaran kedua dalam sejarah skuad TFC, saya juga memasang impian mahu mencipta sejarah peribadi lebih-lebih lagi ini musim pertama saya bermain dalam Liga Malaysia serta belum pernah lagi menggengga­m sebarang trofi.

“Saya juga mahu hadiahkan kemenangan kepada isteri tercinta, Kate Sutherland yang banyak berkorban walaupun terpaksa berhijrah dari Kanada selain anak pertama yang bakal lahir pada April tahun depan.

“Saya juga sudah jatuh hati dengan Terengganu terutama penyokong yang baik serta masakannya yang sedap termasuk keropok lekor.

“Saya percaya rakan sepasukan mempunyai keazaman yang sama berjuang habis-habisan hingga minit terakhir perlawanan sebagaiman­a ketika bertemu JDT tempoh hari apabila berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan,” kata Chantha Bin. Malim.

Katanya, jualan tiket pada hari berkenaan turut dilakukan di Stadium Perak di Ipoh.

“Pada Jumaat tiket hanya akan dijual di Stadium Perak dari jam 9 pagi sehingga semua tiket habis. Bagi melancarka­n urusan jualan, dua kaunter akan dibuka di Stadium Perak untuk pembelian 10 tiket ke bawah dan satu lagi untuk pembelian 10 tiket ke atas,” katanya.

 ?? Thierry Chantha Bin ?? Saya juga memasang impian mahu mencipta sejarah peribadi lebih-lebih lagi ini musim pertama saya bermain dalam Liga Malaysia serta belum pernah lagi menggengga­m sebarang trofi”
Thierry Chantha Bin Saya juga memasang impian mahu mencipta sejarah peribadi lebih-lebih lagi ini musim pertama saya bermain dalam Liga Malaysia serta belum pernah lagi menggengga­m sebarang trofi”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia