Harian Metro

Pemilihan pemain ikut ‘citarasa’ Cheng Hoe

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: ‘Menepati kehendak saya.’ Itu reaksi spontan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe

ketika ditanya mengenai pemilihan 26 pemain yang bakal membawa cabaran negara pada saingan Piala Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018 bermula 8 November depan.

Bagi beliau, semua pemain yang dipilih untuk aksi persiapan terakhir bertemu Maldives, 3 November depan menepati cita rasanya.

“Setiap jurulatih ada perancanga­n tersendiri, begitu juga saya. Saya memanggil 26 pemain untuk persediaan kerana saya sudah ada bayangan individu yang akan ke

Piala AFF.

“Saya kira mereka pemain terbaik bagi setiap posisi yang diperlukan dan sesuai dengan taktikal serta corak permainan yang akan saya terapkan.

“Ini bukan bermakna pemain yang tidak terpilih itu tidak bagus, jadi saya harap mereka akan terus bekerja keras kerana saya sedia memberi peluang kepada mereka untuk menyertai tugasan antarabang­sa selepas ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau turut ditanya mengenai ketiadaan beberapa pemain yang menyerlah sepanjang musim ini seperti Muslim Ahmad, Faiz Nasir dan Ashari Shamsudin.

(gambar)

Malah, sebilangan penyokong menyelar Cheng Hoe kerana tidak memanggil pemain Terengganu meskipun mereka berjaya melayakkan diri ke final Piala Malaysia.

Mengulas lanjut persediaan pasukan menjelang kejohanan itu, Cheng Hoe mengakui keserasian dan persefaham­an antara pemain masih menjadi aspek penting yang perlu diberikan perhatian.

“Aksi bertemu Maldives adalah perlawanan ujian terakhir buat saya dan pemain. Jadi saya harap dapat menemui gandingan terbaik sebelum ke

Piala AFF.” Kuantan: Pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih tidak akan mempersiak­an peluang apabila dipanggil menyertai skuad kebangsaan menjelang persiapan ke Piala AFF bulan depan.

Justeru, pemain kelahiran FELDA Jengka 21, Maran itu akan mempamerka­n

Skuad muda negara menempah laluan sukar dalam usaha layak ke suku akhir selepas seri 2-2 dengan Tajikistan pada aksi kedua Kumpulan D, Kejohanan B-19 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 di Bekasi, Indonesia malam tadi.

Selepas gagal meraih sebarang mata apabila tumbang 1-2 di tangan Arab Saudi pada aksi pertama, skuad bimbingan Bojan Hodak seharusnya bangkit mengutip mata penuh ke atas Tajikistan namun kegagalan berbuat demikian mungkin boleh menyebabka­n perjuangan mereka berakhir setakat di peringkat kumpulan.

 ??  ??
 ??  ?? AZAM mahu pamer prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan.
AZAM mahu pamer prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia