Harian Metro

Laluan berliku

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

„ Skuad Hodak perlu menang ke atas China sambil berharap Arab Saudi jinakkan Tajikistan

Justeru, mereka perlu menang selesa ke atas China pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Pakansari, Cibinong, Jumaat ini untuk menghidupk­an peluang mara ke suku akhir sambil mengharapk­an bantuan Arab Saudi untuk menewaskan Tajikistan.

Pada aksi di Stadium Patriot Chandrabha­ga, Tajikistan bermula dengan rentak garang apabila pantas mengasak kubu negara menerusi percubaan Saidov Karomatull­o dan Mabatshoev Shervoni serta tandukan Ehsoni Panshanbe pada awal permainan namun mudah dipatahkan benteng pertahanan negara.

Bagaimanap­un, kesabaran Malaysia mencari rentak akhirnya membuahkan hasil selepas hantaran Nik Akif Syahiran Nik Mat menembusi barisan pertahanan Tajikistan sebelum disudahkan Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk gol pembukaan pada minit ke-11.

Namun, Malaysia tersentak apabila tindakan Al Imran Halim menjatuhka­n Boboev Sheriddin mengundang padah selepas pengadil, Ahmed Faisal Mohamad Alali dari Jordan menghadiah­kan penalti kepada Tajikistan yang disempurna­kan Panshanbe untuk mengikat kedudukan pada minit ke-34.

Ketika saingan memasuki minit akhir babak pertama, Tajikistan melancarka­n satu serangan balas pantas yang berakhir dengan jaringan Yodgorov Daler untuk menjadikan kedudukan

2-1 sebelum rehat.

 ??  ?? PEMAIN negara (kanan) meraikan gol penyamaan ketika bertemu Tajikistan.
PEMAIN negara (kanan) meraikan gol penyamaan ketika bertemu Tajikistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia