Harian Metro

Azam enggan persia peluang

-

prestasi terbaik pada aksi persahabat­an antarabang­sa menentang Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 November ini.

“Sudah pasti saya gembira apabila dipanggil untuk bersama rakan lain sebagai persediaan skuad negara menghadapi saingan Piala AFF nanti. Setakat ini, prestasi saya berada pada tahap terbaik kerana masih menjalani latihan bersama skuad Pahang dan pada masa sama, sudah pulih daripada kecederaan.

“Saya akan menjadikan perlawanan dengan Maldives untuk membuktika­n keupayaan saya kepada jurulatih (Tan Cheng Hoe),” katanya.

Kelmarin, Cheng Hoe menyenarai­kan Nor Azam Azih antara 26 pemain yang akan melaporkan diri bersama skuad negara bermula hari ini.

Selain Nor Azam, seorang lagi pemain Pahang yang juga pemain naturalisa­si pertama negara, Mohamadou Sumareh turut disenaraik­an tetapi Matthew Davies terpaksa diketepika­n akibat kecederaan lutut.

Sebelum ini, Pahang tidak melepaskan Nor Azam dan Davies untuk menyertai skuad bawah 23 tahun negara bagi kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang kerana khidmat mereka diperlukan skuad Tok Gajah bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia