Harian Metro

60,000 kenderaan Brunei miliki saman tertunggak

-

Lebih 60,000 kenderaan bernombor pendaftara­n Brunei memiliki saman tertunggak bagi kesalahan lalu lintas di negeri ini dalam tempoh 10 tahun sejak 2008.

Berikutan itu, polis akan melancarka­n Operasi Saman Tertunggak Warganegar­a Asing (OSTWA) bagi mengesan kenderaan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, operasi itu akan diadakan selama tiga hari mulai Jumaat ini.

Beliau berkata, tumpuan utama operasi itu ialah di kedua-dua arah laluan di Plaza Tol Sungai Tujuh di sempadan Malaysia-Brunei di Miri.

“Operasi itu bertujuan memastikan pesalah trafik warga asing khususnya dari Brunei yang ada saman tertunggak supaya membayar saman sebelum meninggalk­an Malaysia.

“Selain itu, operasi ini juga bermatlama­t untuk memberi kesedaran kepada warga asing supaya mematuhi peraturan dan undang-undang negara kita,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Alexson berkata, operasi itu antara langkah untuk mencegah kemalangan jalan raya membabitka­n kenderaan warga asing di negeri ini.

 ??  ?? CAPTION
ALEXSON
CAPTION ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia