Harian Metro

Nahas ke-10

- Erika George cnews@nstp.com.my

„ Motosikal pelajar dirempuh depan sekolah

Dua pelajar perempuan cedera selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Bintulu-Jepak di sini, pagi semalam.

Difahamkan, kemalangan itu yang ke-10 direkodkan di hadapan pintu masuk utama ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemena.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bintulu, Inspektor Jeffery Jembol berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun itu membelok masuk ke kawasan sekolah sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu seorang wanita berusia lingkungan 60-an.

“Rempuhan membuatkan kedua-dua mangsa tercampak ke bahu jalan dan mengalami kecederaan. Insiden berlaku apabila pelajar berpusu-pusu memasuki sekolah pagi tadi dengan keadaan laluan itu agak sibuk.

“Kedua-dua mangsa kemudian diberikan bantuan kecemasan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian,” katanya. Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kejadian berlaku di laluan lurus di hadapan simpang masuk ke sekolah berkenaan. “Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? DUA pelajar cedera selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kereta di Jalan Bintulu-Jepak, semalam.
DUA pelajar cedera selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kereta di Jalan Bintulu-Jepak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia