Harian Metro

Rayu kerajaan dengar keluhan pemandu teksi

-

Gabungan Persatuan-Persatuan Teksi, Kereta Sewa, Limousin Sabah dan Labuan tidak akan melakukan demonstras­i atau bantahan berkaitan isu Grab Car, namun mahu kerajaan membantu menyelesai­kan masalah dihadapi mereka.

Pengerusin­ya, Tamrin Eraba berkata, pihaknya tidak akan melakukan sebarang tindakan menyalahi undang-undang, sebaliknya merayu kerajaan mendengar keluhan pemandu teksi.

Katanya, kerajaan wajar menyelaras dan menyeragam­kan semua undang-undang yang dikenakan teksi kepada pengusaha Grab Car.

“Mengapa punca kami cari makan harus disekat? Umum tahu, banyak kos yang perlu dibayar oleh pemandu teksi, jauh berbeza berbanding Grab Car yang lebih rendah kosnya.

“Selain itu, apakah adil apabila operasi kami hanya terhad di kawasan didaftarka­n, sebaliknya mereka boleh pergi ke mana-mana saja tanpa had,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tamrin berkata, ramai dalam kalangan 7,000 ahli gabungan sudah menyuaraka­n ketidakadi­lan ini dan memohon supaya diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Katanya, lebih menyedihka­n apabila kerajaan menyatakan akan meminta Grab menggunaka­n kenderaan yang diluluskan, membayar insurans dan cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil, namun hanya dikuatkuas­akan pada tahun hadapan.

“Mengapa tidak dibuat serta-merta? Mengapa hanya Grab Car saja boleh runding? Mengapa kami (pemandu teksi) tidak boleh?

“Kami harap, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dapat mendengar masalah kami dan seterusnya membantu menyelesai­kan masalah ini,” katanya.

Menurutnya, pemandu teksi di negeri ini masih lagi berdepan masalah ‘kereta sapu’ yang menjejaska­n pendapatan mereka.

“Sekarang ini ditambah lagi dengan kehadiran Grab Car, sudah pasti pendapatan kami terjejas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia