Harian Metro

Biar rakyat Sabah pilih ketua menteri

-

Biar rakyat Sabah menentukan ketua menteri pilihan mereka melalui proses pilihan raya negeri, kata Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata demikian menjelang keputusan penentuan Ketua Menteri Sabah secara sah yang dijadual diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, esok.

Jeffrey ketika dihubungi mengulangi pendiriann­ya, Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.

“Kita tunggu keputusan mahkamah (Khamis ini) kerana apa-apa boleh berlaku selepas itu.

“Seperti saya katakan sebelum ini, jika kita mengikut undang-undang dan Perlembaga­an, orang pertama mengangkat sumpah adalah ketua menteri yang sah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan berkata, jika keputusan mahkamah berpihak kepada Musa, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu memanggil untuk mengadakan pilihan raya negeri.

 ??  ?? JEFFREY
JEFFREY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia