Harian Metro

Bantu secara berperingk­at

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

„ Lebih 1,000 penduduk kurang berkemampu­an perlukan rumah PBR

Lebih 1,000 penduduk kurang berkemampu­an di Kemabong dekat sini, memerlukan rumah menerusi Program Bantuan Rumah (PBR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, data itu diperoleh berdasarka­n maklumat Pejabat Daerah Tenom membabitka­n penduduk yang memohon PBR melalui sistem e-kasih.

“Keperluan ini memang agak tinggi berbanding kelulusan yang kita peroleh setiap tahun iaitu hanya sekitar 20 ke 30 unit bagi kawasan Parlimen Tenom, ” katanya selepas mengetuai rombongan XPDC Batu Binatikuan serta ziarah di Kampung Alutok dekat sini, baru-baru ini.

Jamawi berkata, beliau sedar keperluan penduduk untuk mendapatka­n PBR termasuk melalui maklum balas mereka sempena program program ziarah ke beberapa kampung.

“Saya melihat sendiri beberapa rumah yang begitu daif diperbuat daripada buluh dan ada sebilangan penghuni terpaksa berkongsi sehingga empat keluarga dalam sebuah rumah.

“Kami sedar, mereka yang memerlukan bantuan di bawah program PBR ini agak ramai. Kita akan bantu secara berperingk­at mengikut keutamaan,” katanya. Jamawi berkata, beberapa permohonan penduduk untuk memiliki rumah di bawah program PBR sudah dikemukaka­n kepada kerajaan khususnya Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar bagi mendapatka­n peruntukan.

Katanya, dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangk­an Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru baru ini, kerajaan Persekutua­n bersetuju meluluskan 7,000 rumah mampu milik di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan bukan saja meneruskan program PBR, malah menambah bilanganny­a agar lebih banyak golongan yang memerlukan dapat dibantu khususnya di kawasan Kemabong.

 ??  ?? JAMAWI (kanan) melawat penduduk di daerah Tenom semasa Program Bantuan Rumah (PBR), Tenom.
JAMAWI (kanan) melawat penduduk di daerah Tenom semasa Program Bantuan Rumah (PBR), Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia