Harian Metro

Belum ambil keterangan wanita

-

Polis belum merakam percakapan wanita yang mengelar diri dan empat anaknya sehingga bayi lelakinya berusia lapan bulan maut di bilik pekerja di sebuah resort di Pulau Mantanani, Kota Belud, 18 Oktober lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, wanita berusia 30 tahun itu masih ditahan di hospital manakala anaknya yang cedera juga masih dalam rawatan.

“Belum (ambil keterangan) kerana ibu masih dalam keadaan cedera,” katanya kepada media sempena lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari Khamis lalu, anak suspek berusia lapan bulan maut akibat parah dengan kesan kelar di leher.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia