Harian Metro

‘Jangan buat kecoh’

-

Kota Kinabalu: Polis mengingatk­an penyokong kerajaan dan pembangkan­g tidak menimbulka­n kekecohan sepanjang prosiding mendengar keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu pelantikan Ketua Menteri Sabah yang sah, Khamis ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, kawasan luar serta dalam Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini, akan dikawal sepenuhnya oleh polis bagi mengelak sebarang gangguan.

“Daripada maklumat diterima, ramai penyokong daripada kedua-dua parti (pemerintah dan pembangkan­g) hadir dan kita minta mereka menghormat­i undang-undang.

“Disebabkan kawasan mahkamah terhad, kita tidak akan benarkan semua pengunjung masuk ke kawasan mahkamah bagi mengelak kesesakan atau gangguan,” katanya kepada media sempena lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini, semalam.

Omar berkata, kawalan turut dilakukan di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) selepas menerima maklumat ada kumpulan mahu berarak di kawasan itu pada hari sama.

“Saya nasihatkan mereka jangan menunjukka­n perasaan, sama ada suka atau tidak dengan keputusan mahkamah. Jadi saya nasihatkan jangan sesekali berarak.

“Selain itu, jangan lakukan perbuatan yang boleh mengganggu-gugat ketenteram­an mahkamah seperti membaling (objek), mengeluark­an perkataan provokasi atau insiden tidak diingini atau membawa senjata sehingga polis terpaksa menguat kuasa undang-undang dengan melaksanak­an tangkapan,” katanya.

 ??  ?? OMAR memeriksa kawalan kehormat ketika mengadakan lawatan rasmi di IPD Kota Kinabalu.
OMAR memeriksa kawalan kehormat ketika mengadakan lawatan rasmi di IPD Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia