Harian Metro

Kantoi lemah bahasa Arab

„ Hanya 40 peratus pelajar kita di Universiti Al-Azhar tamat pengajian dalam tempoh sepatutnya

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Hanya 40 peratus penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir, berjaya menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu antara dua hingga tiga tahun saja.

Peratusan itu, sekali gus, menunjukka­n penuntut Malaysia berdepan kesukaran memperoleh Mumtaz dengan markah 90 peratus.

Malah, ada dalam kalangan penuntut berkenaan mengambil masa hingga lapan tahun atau lebih untuk menamatkan pengajian.

Menurut Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia cawangan Mesir (YDKMM Mesir) masalah itu sukar ditangani berikutan penguasaan bahasa Arab yang lemah dalam kalangan penuntut.

Berikutan itu YDKMM Mesir menganjurk­an program Towards Excellent dan bengkel bahasa Arab dengan bantuan tenaga pengajar serta penuntut dari 12 negara lain.

Pengerusi YDKMM Mesir Haziq Iqbal Azero berkata, bengkel berkenaan yang dianjurkan baru-baru ini mendapat kerjasama daripada Education Malaysia Egypt

(EME) dan Parlimen Pelajar Antarabang­sa Universiti Al-Azhar.

Haziq berkata, penganjura­n bengkel itu turut dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Indonesia, Kemboja dan Thailand dengan fokus mengenal pasti masalah penuntut serta mencari penyelesai­an berkesan.

Katanya, penuntut cemerlang dari Malaysia yang memperoleh keputusan Mumtaz dijemput berkongsi pengetahua­n bersama 161

Kami mendedahka­n pelbagai teknik pembelajar­an kepada peserta seperti kaedah VAK Style (Visual, Audio, Kinestatik Style)”

Haziq Iqbal

peserta mengikuti bengkel.

“Bengkel turut disertai penuntut dari Indonesia, Thailand dan Singapura. Kami menjemput pensyarah Jabatan Hadith Universiti Al-Azhar Sheikh Samih Abdullah dan wakil Parlimen Pelajar Antarabang­sa Universiti Al-Azhar. Mereka ini tokoh penuntut cemerlang di universiti berkenaan.

“Kami mendedahka­n pelbagai teknik pembelajar­an kepada peserta seperti kaedah VAK Style (Visual, Audio, Kinestatik Style) bagi membantu mereka memahami maklumat mahu disampaika­n dengan lebih mudah,” katanya.

Menurutnya, program dan bengkel akan diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan lebih ramai penuntut memperoleh Mumtaz.

“Sebelum ini, boleh kata mustahil bagi sebahagian besar penuntut Malaysia memperoleh Mumtaz.

“Kami harap dengan usaha berterusan ini masalah penguasaan bahasa Arab dapat diatasi,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR menyalin nota ketika sesi bengkel bahasa Arab.
PELAJAR menyalin nota ketika sesi bengkel bahasa Arab.
 ??  ?? PROGRAM dianjurkan YDKMM disertai tenaga pengajar dan penuntut dari 12 negara lain.
PROGRAM dianjurkan YDKMM disertai tenaga pengajar dan penuntut dari 12 negara lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia