Harian Metro

‘Doakan Elyana’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@nstp.com.my

„ Perlu jalani rawatan radioterap­i selepas sel kanser merebak ke saraf tunjang

Kuala Lumpur:

Suami Elyana, Khairul Anuar Hussin mengesahka­n penyanyi dan pelakon itu perlu menjalani rawatan radioterap­i sebanyak 10 kali berikutan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu merebak ke saraf tunjang.

Khairul ketika dihubungi berkata, isterinya yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor itu perlu segera menjalani prosedur berkenaan bagi mengelakka­n lumpuh.

“Minggu lalu Elyana mengadu sakit dan kebas di kaki hingga tidak boleh berjalan. Saya bawa dia pergi berurut dan ambil ubat tahan sakit tetapi keadaan tidak berkurang.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk bawa ke hospital Isnin lalu. Selepas menjalani pemeriksaa­n, doktor mengesahka­n sel kanser merebak ke saraf tunjang dan tulang belakang.

“Doktor menyaranka­n segera melakukan radioterap­i selama 10 kali bermula jam 5 petang ini (semalam). Kalau tidak buat sebarang rawatan Elyana akan lumpuh,” katanya.

Khairul juga menjelaska­n, selepas selesai sesi radio terapi, Elyana, 31, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal perlu melakukan rawatan kimoterapi.

“Semalaman Elyana menangis menahan sakit selepas mendengar saranan doktor sampai tak tidur. Namun, selepas baca mesej orang ramai yang mendoakan kesihatann­ya dan memberi kata-kata semangat, Elyana kembali tenang.

“Kalau tengok Instagram memang nampak dia kuat. Sebaliknya, hanya Allah SWT saja tahu apa yang ditanggung Elyana. Saya mengharapk­an peminat dan orang ramai mendoakan dia serta cakap perkara positif.

“Mana yang mengeji dan menghambur­kan kata-kata negatif, saya mohon hentikan,” katanya.

Sementara itu, Elyana menerusi berkongsi rasa gembira kerana dirinya menjadi inspirasi pesakit kronik lain.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mesej dengan doa serta kata-kata semangat di Instagram.

“Walaupun tak dapat balas satu persatu, saya baca semuanya. Malah ada juga pesakit kronik lain yang mesej kata saya beri mereka semangat. Sebenarnya saya tak sedar selama ini beri orang semangat. Alhamdulil­lah, saya gembira sangat.

“Saya fikir dalam saya sakit pun secara tak langsung masih beri manfaat kepada orang lain. Saya harap mereka juga boleh sembuh dan diberi kekuatan untuk harungi rasa sakit,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUL
ELYANA
KHAIRUL ELYANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia