Harian Metro

Hadiah terindah Rossa

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@nstp.com.my

„ Penyanyi Indonesia anggap anugerah bergelar Datuk Seri pemangkin karier seni

Penyanyi Indonesia, Rosa Roslaina Handiyani, 40, atau Rossa yang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) menyifatka­n penganuger­ahan itu sebagai hadiah terindah sempena ulang tahun kelahirann­ya pada 9 Oktober lalu.

Penyanyi itu antara 19 penerima darjah SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri dalam Istiadat Majlis Pengurniaa­m Pingat dan Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.

Beliau berkata, penganuger­ahan pingat itu menjadi pemangkin dalam karier seninya di industri muzik serantau.

“Mungkin 2018 tahun bertuah saya, bulan lalu saya menerima Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik (APM2018) dan pingat ini adalah hadiah hari lahir terbaik serta satu penghargaa­n yang tidak terhingga sepanjang 21 tahun berkecimpu­ng dalam industri seni.

“Penganuger­ahan ini juga memberi saya tanggungja­wab yang lebih besar dalam memartabat­kan lagi arena muzik serantau kerana industri muzik Malaysia dan Indonesia saling mendukung antara satu sama lain,” katanya.

Katanya, buat masa ini, beliau masih mempromosi­kan albumnya A New Chapter dan lagu duet terbaru bersama D’Masiv, Bukan Maksudku.

Rossa berasal dari Sumedang, Indonesia mula aktif dalam bidang nyanyian pada 1995 dan menempa nama di negara ini dengan lagu seperti Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta, Hati Yang Kau Sakiti dan Aku Bukanlah Untukmu.

Sementara itu, artis veteran tanah air, Amir Hamzah Salleh atau ND Lala, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Dia yang juga Pengarah Urusan The Right Interprene­ur Sdn Bhd berkata, anugerah itu satu pengiktira­fan dan tanggungja­wab untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui seni dan keusahawan­an.

“Selama 36 tahun berkecimpu­ng dalam industri seni, apa yang saya pegang adalah kata-kata ibu supaya kita lebih banyak memberi kepada orang ramai, pengiktira­fan adalah satu bonus dan bukan sesuatu dikejar,” katanya.

Pada istiadat yang berlangsun­g di Istana Abu Bakar itu, 76 individu menerima pingat dan darjah kebesaran.

 ??  ?? ROSSA menerima darjah SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri dalam Istiadat Majlis Pengurniaa­m Pingat dan Darjah Kebesaran, semalam.
ROSSA menerima darjah SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri dalam Istiadat Majlis Pengurniaa­m Pingat dan Darjah Kebesaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia