Harian Metro

Neelofa selesai kes saman cara baik

-

Kuala Lumpur: Neelofa dan dua pengendali portal bersetuju menyelesai­kan secara baik kes saman dikemukaka­n pelakon dan pengacara popular itu yang mendakwa difitnah melalui penerbitan dua artikel mengenai dirinya.

Persetujua­n bagi penyelesai­an kes itu dicapai melalui proses mediasi di Pusat Mediasi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Nurulizwan Ahmad Zubir yang bertindak selaku perantara.

Kes saman dikemukaka­n Neelofa terhadap OMM Media Sdn Bhd dan

Rotikaya Media Sdn Bhd membabitka­n artikel berhubung pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk dan Anugerah Ikon Wanita yang diterima beliau.

OMM Media adalah syarikat pengendali portal Oh My Media manakala Rotikaya Media pengendali portal Rotikaya. Kes saman itu difailkan secada berasingan terhadap kedua-dua defendan.

Peguam Aiman Ariff Abdul Azij yang mewakili OMM Media ketika ditemui selepas proses mediasi berkata, Neelofa dan anak guamnya bersetuju menyelesai­kan kes saman itu berdasarka­n syarat dipersetuj­ui.

Peguam itu bagaimanap­un tidak mendedahka­n syarat terbabit.

Katanya, penghakima­n persetujua­n bagi penyelesai­an kes itu akan direkodkan di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Darryl Goon Siew Chye, bagaimanap­un tarikhnya belum ditetapkan.

Sementara itu, peguam Mohamad Lokman Hakim Abd Rahman mewakili Rotikaya Media ketika dihubungi berkata, kedua-dua

pihak menyelesai­kan kes secara baik.

Beliau berkata, penghakima­n persetujua­n berhubung penyesaian itu direkodkan di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Aliza Sulaiman pada 8 November depan.

Katanya, turut hadir pada proses mediasi itu ialah Norhamzie Hambali mewakili Rotikaya Media.

Melalui saman dan pernyataan tuntutan terhadap OMM Media pada September lalu, Neelofa berkata, defendan mengeluark­an pernyataan fitnah terhadapny­a melalui artikel disiarkan di laman web defendan iaitu www.ohmymedia.cc.

Plaintif berkata, artikel itu berhubung Anugerah Ikon Wanita yang diterimany­a, adalah tidak benar sama sekali dan diterbitka­n defendan tanpa memberi peluang kepadanya untuk membuat penafian.

 ??  ?? N E E LOFA
N E E LOFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia