Harian Metro

Rumah Irwan digeledah

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeleda­h rumah bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah di Presint 8, di sini, jam 4.30 petang semalam.

Mohd Irwan dibawa sepasukan lima pegawai SPRM dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV).

Sumber memaklumka­n, sepasukan pegawai berkenaan tiba di rumah Mohd Irwan dipercayai untuk menggeleda­h bagi mendapatka­n bukti mengenai siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan syarikat perlaburan Abu Dhabi, Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC).

Operasi geledah berkenaan berakhir kira-kira 15 minit kemudian sebelum Mohd Irwan dibawa semula ke ibu pejabat SPRM.

Ketika keluar dari rumah Mohd Irwan, pegawai SPRM dilihat membawa satu beg bimbit serta dua pasang kot milik Mohd Irwan.

Pada masa sama, Mohd Irwan turut berkesempa­tan menemui isteri dan anak-anaknya termasuk mendukung cucunya ketika berada di rumah berkenaan. Beberapa wartawan dan jurugambar turut berada di rumah Mohd Irwan untuk merakam sesi geledah itu, namun dihalang oleh ahli keluargany­a.

Ahli keluarga Mohd Irwan juga meminta jurugambar supaya memadam gambar yang diambil di rumah berkenaan selain mengambil gambar kereta dan wajah jurugambar serta wartawan untuk simpanan.

Difahamkan, ahli keluarga Mohd Irwan berang dengan kehadiran wartawan dan jurugambar di rumah berkenaan kerana melanggar privasi mereka.

„ SPRM cari bukti berkaitan kes 1MDB dan IPIC

Terdahulu, Mohd Irwan tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 3.25 petang semalam untuk disoal siasat berhubung 1MDB dan IPIC.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut hadir untuk berdepan soal siasat kes sama.

Dalam pada itu, SPRM dalam kenyataan semalam berkata, SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Mohd Irwan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua mereka akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah membabitka­n wang milik Kerajaan Malaysia.

Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM turut mendapat izin mendakwa terhadap bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidik­an, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab Hamid berhubung isu pecah amanah membabitka­n wang milik Kerajaan Malaysia.

Hasanah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari yang sama dan mengikut seksyen yang sama.

 ??  ?? IRWAN tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.
IRWAN tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia