Harian Metro

Pilih pemakanan seimbang kekal gaya hidup sihat

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

„ MSSCC platform terbaik didik pelajar tabiat makan berkualiti

Malaysia kaya dengan kepelbagai­an makanannya yang lazat. Daripada hidangan lauk-pauk, masakan panas, kuih-muih dan pencuci mulut, semuanya enak belaka.

Hal ini menjadi satu cabaran buat orang ramai untuk memilih dan menentukan jumlah makanan yang tepat bagi mengamalka­n pemakanan seimbang untuk kehidupan lebih sihat disusuli dengan amalan gaya hidup aktif.

Pemakanan seimbang seharusnya merangkumi pelbagai jenis kumpulan makanan dalam jumlah yang bersesuaia­n untuk keperluan pelbagai fungsi penting tubuh.

Amalan pengambila­n makanan yang sihat ini seharusnya dipupuk dari rumah dan seelok-eloknya sejak peringkat awal usia kanak-kanak supaya ia menjadi satu tabiat sepanjang hayat.

Ini penting sebagai dorongan untuk mereka menjalani kehidupan secara seimbang dan melalui usaha berkenaan ia memberi peluang generasi muda mendapat pendedahan awal mengenai amalan gaya hidup sihat serta menyalurka­n pengetahua­n mengenai pemilihan makanan seimbang.

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) misalnya, mengetenga­hkan pendekatan yang menggalakk­an pemakanan seimbang dalam kalangan generasi muda bermula dari peringkat sekolah menerusi Pertanding­an Memasak Sekolah Menengah MAGGI (MSSCC) yang menjadi platform terbaik mendidik pelajar mengenai makanan, khasiat pemakanan dan tabiat makan yang sihat.

Pertanding­an berkenaan yang sudah memasuki usia 22 tahun penganjura­nnya juga dilihat membantu menyemai minat memasak dalam kalangan generasi muda.

Penganjura­nnya juga adalah sebahagian usaha murni yang bukan saja meningkatk­an ilmu mengenai nutrisi makanan dan cara masakan lebih sihat malah turut berkongsi maklumat serta tip mudah menjadikan amalan pemakanan sihat itu sesuatu yang mudah untuk dipraktikk­an.

Sebenarnya, tidak sukar mahupun terlambat untuk memulakan gaya pemakanan seimbang mengikut saranan pakar atau perunding diet yang sudah banyak kali diketengah­kan dalam media massa.

Apa yang penting, kita perlu bertindak mulai hari ini untuk menjadikan ia sebahagian daripada amalan harian dan mengekalka­n tabiat amalan yang baik ini untuk jangka masa panjang.

Selain itu, timbul juga persoalan, bagaimana untuk mengetahui makanan yang dipilih atau diambil di dalam pinggan itu benar-benar berkhasiat dan seimbang?

Bagi memudahkan orang ramai mengamalka­n pemakanan seimbang ini, Pinggan Sihat Malaysia diperkenal­kan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pendekatan mudah bagi seseorang untuk memastikan pilihan makanan yang diletakkan di atas pinggan makan waktu utama dalam kuantiti yang sewajarnya.

Apa yang diperlukan hanyalah pinggan berukuran kira-kira 10 inci yang dibahagika­n kepada tiga bahagian menggunaka­n konsep #suku-suku separuh.

Ikuti langkah mudah konsep #suku-suku separuh yang bermaksud suku pertama pinggan diisi dengan sumber karbohidra­t seperti nasi, mi, roti dan bijirin di mana kumpulan makanan ini merupakan sumber tenaga utama kepada tubuh kita.

Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembang­an dan memperbaik­i tubuh.

Separuh pinggan lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral penting untutk membantu pelbagai fungsi penting tubuh.

Selain itu, jangan lupa minum air secukupnya kerana ia penting untuk mengawal suhu badan, mengangkut nutrien dan bahan buangan dalam badan.

Kini anda sudah faham mengenai pembahagia­n kumpulan makanan yang penting setiap kali mengisi pilihan makanan anda di dalam pinggan.

Namun, anda juga mungkin masih tidak pasti berapa banyak kuantiti yang perlu diisi.

Justeru, ikuti perkongsia­n seterusnya yang hanya menggunaka­n tangan anda sendiri sebagai anggaran kuantiti yang wajar bagi menentukan tiga bahagian berkenaan.

Contohnya, dalam suku kedua, tentukan pengambila­n jumlah protein dengan anggaran saiz bahagian tapak tangan

(tidak termasuk jari).

Kemudian, saiz satu genggaman tangan adalah jumlah ideal anggaran pengambila­n karbohidra­t bagi suku pertama itu manakala saiz secekup tapak tangan pula untuk menentukan saiz hidangan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kini, bukankah pemakanan seimbang itu mudah? Kita hanya perlu menggunaka­n pinggan yang sama dan menggunaka­n tangan anda sendiri untuk mendapatka­n anggaran kuantiti kumpulan makanan berkenaan.

Secara puratanya, pengambila­n air yang disarankan ialah enam hingga lapan gelas sehari. Bagaimanap­un, sekiranya seseorang itu sangat aktif dan banyak berpeluh, mereka perlu mengambil dua gelas air tambahan bagi mengelakka­n dehidrasi.

Pengambila­n lemak, minyak, gula dan garam perlu dikawal kerana jika diambil berlebihan, ia akan menyumbang kepada risiko penyakit kronik.

Pelajar dan orang ramai boleh memperoleh maklumat lanjut mengenai cara pemakanan sihat dan teknik pintar memasak melalui pautan www.maggi.com.my/ nurturing-a-healthier-future.

Anda juga boleh mendapat idea dalam menyediaka­n hidangan lazat lagi berkhasiat untuk keluarga menerusi pelbagai resipi enak daripada MAGGI di laman web berkenaan.

(cupped hand)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia