Harian Metro

Ubah tabiat rakyat jaga kebersihan

-

kepada kesihatan dan kesejahter­aan rakyat. Kami tumpukan kepada aspek mengubah tabiat rakyat untuk lebih menjaga kebersihan dengan amalan mencuci tangan.

“Amalan ini dapat mencegah jangkitan menerusi sentuhan yang sangat penting untuk meningkatk­an kualiti kesihatan umum terutama kanak-kanak,” katanya selepas pelancaran kempen Hari Cuci Tangan Global ke-11, jenama sabun kebersihan itu, semalam.

Tambah Vincent lagi, Lifebuoy komited mengetenga­hkan kesedaran mengenai kepentinga­n mencuci tangan bagi mencegah dan mengawal jangkitan penyakit berjangkit seawal usia prasekolah menerusi program

Lifebuoy turut melabur lebih RM1 juta dalam program berkenaan sejak ia dimulakan pada 2015 yang disertai 223,258 kanak-kanak di seluruh negara.

“Selain mendidik tabiat menjaga kebersihan tangan, projek yang dimulakan di Kuching, Sarawak ini bertujuan mengukur kesan perubahan tabiat menerusi pendidikan dalam kalangan ibu bapa dan murid prasekolah.

“Tinjauan kaji selidik selama 21 hari ini turut membabitka­n lebih 2,000 ibu bapa untuk memahami dan mengenali asas penjagaan kebersihan dan pengetahua­n mengenai HFMD.

“Hasilnya, kesedaran bagi penggunaan sabun selepas penggunaan tandas naik sehingga 13 peratus dan penggunaan sabun sebelum serta selepas makan masing-masing 12 peratus dan enam peratus,” katanya.

Vincent berkata, jenama penjagaan diri itu menyasarka­n tabiat mencuci tangan dengan betul mencapai satu bilion penduduk di seluruh dunia menjelang 2020.

“Usaha memupuk tabiat mencuci tangan adalah perkara yang perlu diketengah­kan secara konsisten menerusi pakatan awam dan swasta selain menekankan pembabitan ibu bapa dalam memperkasa­kan amalan menjaga kebersihan dan kesihatan diri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM merangkap Ketua Jabatan Perubatan dan Pakar Perunding Kanan, Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Christophe­r Lee berkata, kebersihan tangan adalah faktor penting untuk mengekang pemindahan bakteria, virus dan mikrob lain daripada sumber pencemaran.

“Kanak-kanak antara golongan berisiko terhadap jangkitan penyakit berjangkit kerana mereka kurang berhati-hati ketika menggosok mata atau mengesat hidung selepas menyentuh objek atau individu lain.

“Mereka menjadi golongan paling mudah dijangkiti kuman yang menyebabka­n penyakit berjangkit seperti cirit-birit, pneumonia dan HFMD,” katanya.

Turut hadir dalam program terbabit ialah Pengarah Urusan Unilever Malaysia dan Singapura, Annemariek­e de Haan dan Pakar Psikologi Klinikal dan Pensyarah Kanan, Sekolah Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Monash, Paul K Jambunatha­n.

„ Kerjasama Lifebuoy, KKM tingkat kesedaran cegah penyakit HFMD

 ??  ??
 ??  ?? TIMBALAN Pengarah KKM, Datuk Dr Chong Chee Kheong (dua dari kiri) melancarka­n Lifebuoy Hari Cuci Tangan Global 2018 di Meridian Hotel.
TIMBALAN Pengarah KKM, Datuk Dr Chong Chee Kheong (dua dari kiri) melancarka­n Lifebuoy Hari Cuci Tangan Global 2018 di Meridian Hotel.
 ??  ?? VINCENT (kiri) bersama Annemariek­e de Haan (dua dari kanan) dan Dr Norhayati Rusli menjayakan demonstras­i cuci tangan betul.
VINCENT (kiri) bersama Annemariek­e de Haan (dua dari kanan) dan Dr Norhayati Rusli menjayakan demonstras­i cuci tangan betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia