Harian Metro

Tuntutan palsu RM2.2 juta

- Helmy Abd Rahman cnews@nstp.com.my

Seorang bekas pengurus anak syarikat milik kerajaan negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini semalam, atas 138 pertuduhan melakukan tuntutan palsu dan meminta suapan bermula 2010.

Pengakuan dibuat tertuduh, Ihsham Shah Chandran Abdullah di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Dia menghadapi 104 pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana membuat tuntutan palsu bernilai RM2.2 juta.

Ia membabitka­n tuntutan Pembekalan Manual & Certificat­ion untuk Program

dan Pembekalan Simulator Software bagi Program Pengurusan Keselamata­n Kecemasan di Pusat Latihan Keselamata­n Terengganu (TSTC) sedangkan kedua-dua program berkenaan tidak wujud sama sekali.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai barang yang dituntut

„ Bekas pengurus hadapi 138 pertuduhan

mengikut dakwaan palsu atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Tertuduh juga didakwa atas 34 pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan menerima rasuah daripada Syarikat Ingmas Services Sdn Bhd sebanyak RM500,000 sebagai balasan membantu syarikat terbabit mendapatka­n kerja membekalka­n Program Permit To Work di TSTC.

Bagi pertuduhan itu, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan, jika sabit kesalahan.

 ?? FOTO: IMRAN MAKHZAN ?? IHSHAM berhadapan pertuduhan yang dikenakan oleh SPRM dihadapkan ke Mahkamah
Kuala Terengganu.
FOTO: IMRAN MAKHZAN IHSHAM berhadapan pertuduhan yang dikenakan oleh SPRM dihadapkan ke Mahkamah Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia