Harian Metro

Remaja pandu lori rempuh 2 kereta polis

-

Remaja lelaki berusia 15 tahun yang memandu sebuah lori merempuh dua daripada 16 kereta peronda polis (MPV) yang mengejarny­a di Jalan Angkasa Mas Perindustr­ian Tebrau 2 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais berkata, kejadian berlaku pada jam 4 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati sepasukan anggota polis melakukan rondaan terserempa­k dengan lori 10 tan itu dalam keadaan mencurigak­an di Jalan Harmonium 23, Taman Desa Tebrau.

Katanya, apabila anggota polis memberi arahan untuk berhenti, pemandu lori terbabit tidak mempedulik­annya.

Berikutan itu, katanya, usaha menahan lori terbabit dibantu empat MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan 12 MPV IPD Seri Alam.

“Anggota polis mengejar dan mengepung laluan tetapi pemandu masih enggan memberhent­ikan kenderaan di Jalan Angkasa Mas 3, Perindustr­ian Tebrau 2.

“Ketika kejar-mengejar di Lebuhraya Pasir Gudang dan memasuki persimpang­an susur keluar Plentong, lori berkenaan merempuh sebuah kereta peronda.

“Manakala ketika tiba di jalan mati di Jalan Angkasa Mas, Perindustr­ian Tebrau 2, lori berkenaan merempuh sebuah lagi kereta peronda apabila berundur,” katanya.

Shahurinai­n berkata, sewaktu kejar-mengejar, polis turut melepaskan tembakan ke udara sebanyak tiga kali.

Katanya, pemandu lori terbabit cuba melarikan diri hingga berlaku pergelutan antaranya dan anggota polis.

Menurutnya, akibat pergelutan itu pemandu lori terbabit mengalami kecederaan di tangan manakala anggota polis tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan, pemandu lori didapati berusia 15 tahun.

“Dia yang sudah berhenti sekolah mengaku bekerja sebagai kelindan lori dengan bapa saudaranya dan menyatakan dia memandu lori itu untuk tujuan pandu uji.

“Siasatan juga mendapati lori itu didaftarka­n atas nama Syarikat Soong Ki Trading Sdn Bhd beralamat Nombor 2-02 Jalan Ros Merah 2/17, Taman Johor Jaya namun tiada rekod hilang dilaporkan,” katanya.

Katanya, remaja terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara.

 ??  ?? KERETA polis yang dirempuh remaja di Jalan Angkasa Mas Perindustr­ian Tebrau 2, semalam.
KERETA polis yang dirempuh remaja di Jalan Angkasa Mas Perindustr­ian Tebrau 2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia