Harian Metro

Ada tak kena!

- Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

„ Timbalan Presiden PKR kritik sistem e-undi diguna dalam pemilihan

Jumlah aduan yang tinggi terhadap sistem e-undi digunakan pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini, menjadi bukti bahawa ia tidak stabil.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, pelbagai aduan diterima di peringkat akar umbi serta akuan berkanun dibuat ahli PKR di Sarawak baru-baru ini, menunjukka­n isu dibangkitk­an sepanjang pemilihan kali ini amat serius.

Antara aduan itu katanya, termasukla­h dakwaan membabitka­n berlakunya penipuan, sambungan Internet yang tidak stabil serta jumlah undi yang ‘hilang’.

“Ada banyak keadaan (berlaku) dalam tiga hingga empat minggu kebelakang­an ini, mengenai pelbagai aduan terhadap sambungan internet yang tak stabil serta undi yang hilang, termasukla­h di cabang saya senkatanya Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mengadakan semula pemilihan di Melaka dan Negeri Sembilan susulan masalah undi ‘hilang’ akibat capaian Internet lemah.

Pengerusin­ya Datuk Rashid Din berkata, JPP mempertimb­angkan beberapa alternatif lain bagi mendapatka­n kembali undi terbabit.

“Kita tidak akan mengadakan pemilihan semula kerana JPP sedang melihat beberapa alternatif untuk menyelesai­kan polemik diri, Gombak.

“Bagaimana anda nak jelaskan, anda keluarkan hampir 1,700 kod QR, tetapi hasil undian tidak selaras dengan jumlah itu.

“Ada sesuatu yang tidak kena. Anda tidak boleh ketepikan semua isu ini, sebaliknya Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) perlu laksanakan siasatan. Ini yang dituntut ahli PKR,” ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kelmarin yang menyifatka­n beberapa masalah yang timbul ketika pemilihan di Selangor, bukan kerana sistem e-undi, sebaliknya isu disiplin anggota.

Saifuddin turut dilaporkan berkata, isu membabitka­n sistem e-undi hanya berlaku pada pemilihan di Pulau Pinang, Kedah dan Melaka manakala kes undi ‘hilang’ di lima cabang di Melaka dan satu di Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Albert Kedit membuat akuan berkanun bertarikh 17 Oktober berhubung isu jumlah pengundi PKR yang bertambah secara mendadak di cabang Julau.

 ?? Mohamed Azmin Ali ?? Ada sesuatu yang tidak kena. Anda tidak boleh ketepikan semua isu ini, sebaliknya Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) perlu laksanakan siasatan”
Mohamed Azmin Ali Ada sesuatu yang tidak kena. Anda tidak boleh ketepikan semua isu ini, sebaliknya Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) perlu laksanakan siasatan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia