Harian Metro

Harap bajet selesai isu perumahan

-

Lumpur: Bajet 2019 diharap memberikan penyelesai­an tuntas terhadap projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang masih belum selesai sejak diumumkan enam tahun lalu.

Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzli Hasan

(gambar) berkata, generasi kedua FELDA amat mengharapk­an kerajaan menyediaka­n inisiatif dalam Bajet 2019 bagi menyelesai­kan pembinaan 20,000 rumah itu.

“Antara harapan belia FELDA dalam Bajet 2019 adalah berkenaan isu yang belum selesai, iaitu projek PGBF yang ketika ini baru membabitka­n pembinaan kira-kira 8,000 unit rumah berbanding 20,000 unit rumah.

“Daripada jumlah itu, hanya 1,234 unit rumah yang sudah siap dibina, itu pun hanya sebahagian sahaja sudah diserahkan kepada pembeli.

“Malah, kebanyakan lokasi projek PGBF sudah terbengkal­ai kerana terlalu lama terbiar dan jika berterusan, kos untuk menyiapkan projek ini pasti lebih besar nanti,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin, dilaporkan berkata, FELDA memerlukan suntikan dana sebanyak RM955 juta untuk menyiapkan projek PGBF yang kini diklasifik­asikan sebagai tergendala.

Projek PGBF diumumkan oleh kerajaan terdahulu ketika pembentang­an Bajet 2013, dimana 20,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun di tanah rancangan FELDA bagi memberi peluang kepada generasi baharu memiliki rumah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia