Harian Metro

Henti jual rokok bebas cukai

„ Kerajaan turut disyor tidak naikkan harga tembakau bagi bendung perdaganga­n haram

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my

Jualan rokok bebas cukai di zon bebas cukai seperti di Langkawi, Labuan dan Tioman wajar ditamatkan bagi membendung aktiviti perdaganga­n haram di negara ini.

Cadangan berkenaan dibuat Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dalam laporannya yang bertajuk Countering Illicit

Trade: Lessons from Abroad berikutan pengakuan oleh kerajaan terdahulu pulau bebas cukai berkenaan menjadi sumber bagi mendapatka­n produk tembakau secara haram.

Sebelum ini, cadangan menghentik­an jualan rokok bebas cukai sudah dibuat, tetapi ia gagal dilaksanak­an.

Katanya, kerajaan kini perlu menghentik­an jualan rokok bebas cukai dan ia boleh dilaksanak­an dalam satu tempoh masa terhad yang boleh dikembalik­an sekiranya kapasiti penguatkua­saan bertambah baik.

Selain itu, IDEAS turut mencadangk­an supaya kerajaan berhenti menaikkan duti eksais ke atas tembakau dan mempertimb­angkan untuk menyemak semula regim percukaian semasa.

Ia berikutan peningkata­n pelbagai cukai yang dikenakan ke atas rokok menyebabka­n harganya meningkat dan membawa kepada pertambaha­n jumlah perdaganga­n haram bagi tembakau.

Laporan itu menyebut kerajaan tidak seharusnya menaikkan lagi harga rokok, sebaliknya mencontohi negara lain seperti Kanada dan Pakistan yang berjaya mengurangk­an dagangan rokok haram selepas memperbaha­rui duti eksais mereka.

Ketua Eksekutifn­ya, Ali Salman berkata, cadangan yang dikemukaka­n praktikal untuk membantera­s perdaganga­n haram berdasarka­n pengalaman negara lain di seluruh dunia.

“Kerajaan semasa dalam manifeston­ya komited untuk mengambil langkah bersungguh-sungguh dalam mengurangk­an perdaganga­n haram di negara ini yang memusnahka­n perniagaan yang sah, menyebabka­n bahaya sosial dan mengurangk­an perolehan kerajaan.

“Laporan berkenaan juga menggesa kerajaan melaksanak­an strategi yang lebih kukuh untuk membendung perdaganga­n haram. Ia bukan satu masalah yang unik kepada Malaysia.

“Banyak negara sudah berjaya mengatasi masalah penyeludup­an dan penjualan barangan palsu dengan mengguna pakai teknologi yang lebih baik, penalti yang lebih ketat di samping mendidik rakyatnya,” katanya di sini, semalam.

Antara cadangan lain yang terkandung dalam laporan berkenaan termasukla­h melaksanak­an strategi silang kerajaan dengan pemilikan politik yang jelas.

Ini bermaksud, kerajaan perlu menubuhkan Tenaga Kerja Perdaganga­n Haram yang dipengerus­ikan oleh Menteri Kewangan dengan penyertaan daripada agensi terbabit untuk memantau pelaksanaa­n strategi dan memastikan semua agensi turut sama menyumbang.

 ??  ?? STATUS zon bebas cukai Langkawi perlu ditamatkan untuk kekang perdaganga­n haram.
STATUS zon bebas cukai Langkawi perlu ditamatkan untuk kekang perdaganga­n haram.
 ?? Ali Salman ?? Banyak negara sudah berjaya mengatasi masalah penyeludup­an dan penjualan barangan palsu dengan mengguna pakai teknologi yang lebih baik, penalti yang lebih ketat di samping mendidik rakyatnya”
Ali Salman Banyak negara sudah berjaya mengatasi masalah penyeludup­an dan penjualan barangan palsu dengan mengguna pakai teknologi yang lebih baik, penalti yang lebih ketat di samping mendidik rakyatnya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia