Harian Metro

Pelbagaika­n kegunaan kad matrik

-

Kerajaan disaran mempelbaga­i penggunaan kad matrik pelajar bagi membolehka­n mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di negara mendapat akses kepada pengangkut­an awam.

Pelajar sebuah universiti awam (UA) Nur Farhana Syahirah Mohd Azhar, 22, berkata, sebagai pelajar yang belum mempunyai sumber kewangan tetap, beliau berharap kerajaan menyenarai­kan satu bajet khas untuk keperluan mahasiswa.

“Saya amat berharap kad pelajar kami boleh digunakan untuk semua pengangkut­an awam seperti pembelian tiket dan tambang.

“Bermakna kami tidak perlu membuat pendaftara­n baharu untuk beli tiket bas pulang ke kampung halaman, pembelian buku dan apa juga pengangkut­an awam di negara ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar UA, Wan Arash Azzazi Johari, 21, pula mencadangk­an perkhidmat­an komuter KTM yang sentiasa menjadi pilihan pelajar IPT ditambah baik.

“Saya harap bajet untuk pengangkut­an awam ini digunakan untuk menambahba­ik komuter dengan menambah gerabak atau apa juga mengikut keperluan.

“Ini kerana kerap berlaku kelewatan menyebabka­n pelajar lambat sampai ke kelas atau orang awam lewat ke tempat kerja. Saya harap kerajaan memandang serius perkara ini kerana masalah ini berlarutan sudah lama,” katanya.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Azizah Ahmad, 26, mahu Bajet 2019 nanti memberi penekanan kepada memberi peluang golongan berpendapa­tan rendah memiliki rumah sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia