Harian Metro

‘Mereka dah jemu...’

- Ahmad Suhael Adnan cnews@nstp.com.my

„ Muhyiddin ulas dakwaan menteri ‘hilang’ ketika Najib berucap

Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sinis berkata mungkin menteri, timbalan menteri serta ahli parlimen sudah jemu mendengar ucapan Datuk Seri Najib Razak menyebabka­n mereka tidak hadir ketika bekas Perdana Menteri itu berbahas kelmarin.

“Saya tak tahulah kenapa mereka tak mahu dengar (perbahasan Najib), mungkin dah selalu atau dah jemu dengar...Wallahuala­m (hanya Allah yang tahu),” katanya yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau juga berkata ketidakhad­iran menteri, timbalan menteri atau Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) ketika Najib berbahas di Dewan Rakyat kelmarin, bukan isu besar.

Beliau berkata segala perkara yang dibahaskan boleh dibaca semula menerusi hansard Parlimen.

Katanya, pegawai bagi setiap kementeria­n juga turut hadir pada sesi berkenaan bagi mencatatka­n segala isu yang dibangkitk­an Najib serta Ahli Parlimen pembangkan­g yang lain yang akan memaklumka­nnya kepada menteri atau timbalan menteri.

Beliau berkata, kerusi kosong ketika sesi perbahasan bukan perkara luar biasa dan kerap berlaku sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen.

“Terserahla­h kepada menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen sama ada nak mendengar atau tidak (perbahasan).

“Semua perbahasan itu akan masuk dalam hansard, dan pegawai pun hadir untuk mencatat, jadi ini bukan isu besar.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Antara KDN dan Kementeria­n Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Parlimen, semalam.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n.

Muhyiddin mengulas status dan gambar dimuat Najib di Facebook miliknya semalam, yang menunjukka­n kerusi menteri dan timbalan menteri di hadapannya kosong ketika beliau membahaska­n usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat.

 ??  ?? MUHYIDDIN pada sidang media di Bangunan Parlimen, semalam.
MUHYIDDIN pada sidang media di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia