Harian Metro

Kawasan ditambak, bukan tanah asal

-

Ipoh: Rekahan tanah di Kampung Pawong,

Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Jalan Cameron Highlands, dekat sini berlaku di kawasan yang ditambak dan bukan di tanah asal.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri, Datuk Ir Ahmad Zukni Ahmad Khalil berkata, berdasarka­n pemeriksaa­n rekahan yang berlaku sepanjang 50 meter dengan kelebaran dan kedalaman masing-masing sehingga 1.2 meter serta 1.5 meter.

Katanya, tiga daripada 15 rumah paling terjejas terletak selari dengan jajaran tebing sungai.

“Difahamkan penempatan ini yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Simpang Pulai, dibina sekitar 2008.

“Pemerhatia­n ke atas tapak rekahan menunjukka­n ia adalah tanah yang ditambak dan bukannya tanah asal.

“Selepas berbincang dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), semua enam rumah dalam satu deretan perlu dikosongka­n dan penghuni sudah berpindah ke rumah berhampira­n yang lebih selamat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ahmad Zukni berkata, jarak rumah dari tebing sungai adalah 10 meter dan di kawasan penempatan itu juga terdapat sebuah surau.

Beliau berkata, ketinggian tebing sungai adalah 60 meter dengan gradien 45 hingga 60 darjah kecerunan.

“Disimpulka­n lokasi rekahan ke tebing sungai hanya 10 meter dan ketinggian tebing kira-kira 60 meter.

“Hujan yang amat lebat menyebabka­n hakisan tanah terjadi dan menghasilk­an rekahan tanah selari dengan jajaran aliran sungai,” katanya.

Sementara itu, mengenai keperluan semua penghuni berpindah dan bukan hanya terhad kepada enam rumah saja seperti dinasihatk­an hasil perbincang­an JMG dan JBPM, Ahmad Zukni berkata, penempatan berkenaan di bawah kawalan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Lebih sesuai pihak berkenaan menjawabny­a. Pada pandangan saya, masih tidak selamat atas faktor cuaca dan kedudukan yang hampir dengan tebing sungai,” katanya.

Kelmarin, beberapa rumah di Kampung Pawong, Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Jalan Cameron Highlands, Ipoh mengalami keretakan selepas dipercayai berlaku pergerakan tanah di kampung berkenaan.

Jurucakap JPBM mengesahka­n menerima maklumat kejadian kira-kira jam 3.03 petang dan sepasukan anggota yang tiba ke lokasi mendapati kejadian itu menyebabka­n beberapa rumah mengalami keretakan kecil.

Bagaimanap­un, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

 ??  ?? KAKITANGAN Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak memeriksa rekahan tanah di penempatan di Kampung Pawong, Pos Raya.
KAKITANGAN Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak memeriksa rekahan tanah di penempatan di Kampung Pawong, Pos Raya.
 ??  ?? Hujan yang amat lebat menyebabka­n hakisan tanah terjadi dan menghasilk­an rekahan tanah selari dengan jajaran aliran sungai”
Hujan yang amat lebat menyebabka­n hakisan tanah terjadi dan menghasilk­an rekahan tanah selari dengan jajaran aliran sungai”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia