Harian Metro

Rayu tukar hukuman mati

-

Putrajaya akan menghantar surat rasmi kepada Singapura berhubung pelaksanaa­n hukuman mati seorang rakyat Malaysia yang didapati bersalah dalam kes dadah di republik itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, warga Malaysia Prabu Pathmanath­an, didapati bersalah dalam kes pengedaran dadah dan akan menjalani hukuman mati, Jumaat ini.

“Kami baharu menerima maklumat kes hukuman mati itu pagi ini (semalam) dan pegawai sudah pun diarahkan untuk mendapatka­n pengesahan rasmi daripada kerajaan Singapura.

“Sebaik saja perkara itu disahkan, kita akan segera menghantar surat rasmi kepada kerajaan republik itu bagi meminta jasa baik mereka untuk memikirkan cadangan menukar hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

“Masa agak suntuk

(dua hari sebelum hukuman mati dilaksanak­an) dan jika cadangan itu ditolak serta hukuman diteruskan, ia adalah hari yang menyedihka­n buat Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulangtahun ke-73, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ibu negara, semalam.

Sementara itu, menurut laporan media tempatan, Pathmanath­an bakal menjalani hukuman mati di Penjara Changi, Jumaat ini.

Keluarga Pathmanath­an bagaimanap­un hanya dimaklumka­n mengenai pelaksanaa­n hukuman itu menerusi surat yang dihantar oleh Perkhidmat­an Penjara Singapura pada 20 Oktober lalu iaitu kurang seminggu daripada tarikh hukuman dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia