Harian Metro

Bina keamanan

-

„ Malaysia bantu selesai isu keganasan selatan Thailand

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia yakin usaha membantu menyelesai­kan isu keganasan yang menjejaska­n selatan Thailand, cenderung ke arah usaha ikhlas mewujudkan keamanan kedua-dua negara dan bukan sekadar merangka pelan damai.

Perdana Menteri berkata, Malaysia turut berdepan masalah tersendiri membabitka­n keganasan dan turut mendapat bantuan Thailand dalam mengatasin­ya.

“Kita mempunyai sejarah kerjasama kukuh yang baik. Thailand banyak membantu ini dalam pelbagai perkara sebelum ini.

“Kami melihatnya sebagai bentuk kerjasama yang penting. (Proses rundingan perdamaian) ini bukan sekadar berbincang atau merangka pelan damai. Ia adalah usaha ikhlas kedua-dua negara.

“Dengan komitmen kedua-dua negara dalam mencari penyelesai­an, saya yakin kita boleh mengurangk­an masalah ini, kalau pun tidak terus mengatasin­ya,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha, malam tadi.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin menghadiri mesyuarat bilateral tertutup di Rumah Kerajaan di sini.

Sejak 2004, konflik di selatan Thailand mengorbank­an kira-kira 7,000 nyawa.

Thailand melantik Malaysia sebagai fasilitato­r rundingan damai berkenaan dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, dipertangg­ungjawabka­n untuk tujuan itu.

 ??  ?? TUN Dr Mahathir diiringi Prayut (dua dari kiri) memeriksa perbarisan kehormat sempena lawatan rasmi beliau ke Thailand.
TUN Dr Mahathir diiringi Prayut (dua dari kiri) memeriksa perbarisan kehormat sempena lawatan rasmi beliau ke Thailand.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia