Harian Metro

KDN kaji mansuh beberapa akta

-

Kuala Lumpur: Beberapa pindaan atau pemansuhan akta berkaitan keselamata­n negara akan dibentangk­an di Dewan Rakyat pada bulan depan atau selewat-lewatnya persidanga­n akan datang.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, enam akta dan satu hukuman sedang dikaji kerajaan ketika ini menerusi penubuhan Jawatankua­sa Khas Mengkaji Undang-Undang Keselamata­n pada Julai lalu.

Akta dan hukuman itu ialah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Perhimpuna­n Aman 2012 serta hukuman mati mandatori dalam semua akta.

Katanya, jawatankua­sa khas itu sudah menyiapkan laporan yang kini diteliti Jawatankua­sa Teknikal di Pejabat Peguam Negara bagi mengkaji secara terperinci isu yang dibangkitk­an.

“Antara isu dibincangk­an ialah penahanan tanpa bicara (POCA dan POTA), tempoh tahanan reman yang panjang iaitu 60 hari (POCA dan POTA) serta 28 hari (SOSMA) serta ketiadaan ruang untuk semakan kehakiman di mahkamah dari segi merit ke atas penahanan mengikut POCA dan POTA.

“Selain itu, kuasa pihak penguat kuasa yang terlalu luas, sekatan kebebasan bersuara dan berhimpun serta penyalahgu­naan undang-undang keselamata­n untuk tujuan politik.

“Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan mendapatka­n keputusan Jemaah Menteri mengenai pindaan atau pemansuhan undang-undang berkenaan dan Jabatan Peguam Negara akan menyediaka­n rang undang-undang (RUU) berkaitan selepas ia dipersetuj­ukan Kabinet,” katanya ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Muhyiddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menangani kes membabitka­n akta berkenaan, sementara menunggu pindaan atau pemansuhan undang-undang berkaitan diluluskan Parlimen dan diperkenan­kan Yang Di-Pertuan Agong.

“Arahan saya supaya pihak penguat kuasa undang-undang seboleh mungkin meraikan hak rakyat untuk bersuara, berhimpun dan bergerak bebas selagi mana ia tidak menjejaska­n keselamata­n dan ketenteram­an awam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia