Harian Metro

Betul-betul padan muka!

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

„ Buruh hina anggota polis maut kemalangan dalam Facebook kena tangkap di Pekan

Seorang buruh ditahan kerana menghina anggota polis yang maut dalam kemalangan di Kilometer 183 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang di sini kelmarin.

Ketua Jabatan S iasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumah di Kampung Parit Tengah, Pekan, jam 10.30 malam hari sama.

Katanya, suspek yang juga pemilik akaun Facebook Mohd Hannan meninggalk­an komen pada satu status mengenai kemalangan maut membabitka­n dua anggota polis yang bertugas di IPK Pahang dalam kumpulan Komuniti Kuantan.

“Suspek membuat komen ‘padan muka polis segelintir jahat hahahahaha­haha hahahah’ di Facebookny­a.

“Laporan dibuat seorang anggota polis yang tidak berpuas hati atas komen itu dan mahu tindakan sewajarnya diambil ke atas pemilik akaun Facebook berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam. Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan ke rumah itu dan menahan suspek.

“Hasil pemeriksaa­n, dirampas telefon bimbit Samsung Galaxy J2 Prime dan dua kad sim Celcom.

“Siasatan mendapati telefon bimbit yang dirampas itu positif digunakan untuk akaun Facebook berkaitan.

“Ujian air kencing dijalankan ke atas suspek dan hasilnya negatif. Suspek direman empat hari bermula hari ini (semalam) di Lokap Berpusat Indera Mahkota,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum berjumlah RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia