Harian Metro

Operator dobi gagal hadir seminar keselamata­n

-

Shah Alam: Operator cawangan dobi layan diri yang meletup dalam kejadian awal bulan ini di Klang didapati gagal menghadiri seminar keselamata­n diadakan bulan lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Laundry Sdn Bhd, Paul Ang, dalam satu kenyataann­ya semalam berkata, selain operator itu, dua lagi operator juga tidak menghadiri seminar dianjurkan 26 September lalu.

Paul berkata, pihaknya menghantar tiga notis melalui e-mel kepada operator Laundrybar termasuk operator cawangan dobi layan diri yang meletup 4 Oktober lalu, bertarikh 19 April, 21 Ogos dan 3 September kepada pemilik cawangan untuk membuat penambahba­ikan sistem gas di premis masing-masing.

“Menerusi notis e-mel, kami memaklumka­n kepada operator berkenaan Suruhanjay­a Tenaga menganjurk­an seminar bertajuk Seminar Pemerkasaa­n Perundanga­n, Perlesenan dan Keselamata­n Gas Bagi Pengusaha Dobi yang memberi penekanan sistem gas.

“Seminar itu diadakan 26 September lalu tetapi malangnya operator dobi itu tidak menghadirk­an diri,” katanya.

Paul berkata, berdasarka­n pemantauan pihaknya mendapati orang ramai membuat andaian menyalahka­n syarikat itu apabila insiden itu berlaku.

Justeru, katanya, pihaknya tidak bertoleran­si dan berkomprom­i dengan operator dalam aspek keselamata­n premis dan mengambil tindakan sewajarnya sebelum dan selepas kejadian.

Beliau berkata, pihaknya melancarka­n siri Op Selamat dan tindakan tegas diambil terhadap operator yang enggan menaik taraf sistem gas di premis masing-masing dengan menurunkan papan tanda serta menamatkan kontrak sebagai operator Laundrybar.

“Kami berharap orang ramai memahami situasi dan keadaan sebenar sebelum dan selepas kejadian serta tidak membuat spekulasi. “Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai keselamata­n pelanggan adalah keutamaan dan sangat dititikber­atkan,” katanya.

Beliau menzahirka­n takziah dan simpati kepada keluarga mangsa.

Pihaknya kini berusaha meningkatk­an mutu perkhidmat­an dan keselamata­n agar orang ramai boleh menggunaka­n perkhidmat­an dobi layan diri mereka dengan selesa dan selamat.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang lelaki dan anak perempuann­ya melecur di sebuah dobi layan diri 24 jam selepas berlaku letupan di premis itu di Jalan 3E, Bandar Putera 2 di sini, 4 Oktober lalu.

Difahamkan kejadian jam 9 pagi itu berlaku selepas lelaki berusia 43 tahun itu menekan butang mula mesin pengering dan insiden itu menyebabka­n mangsa melecur 57 peratus dan remaja berusia 14 tahun melecur 37 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia