Harian Metro

Tiga beranak disemadi dalam satu liang

-

Arau: Jenazah tiga beranak yang ditemui lemas minggu lalu, selamat dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Behor Kedar di sini, semalam.

Ketiga-tiga jenazah terbabit dikebumika­n selepas disolatkan kira-kira 100 jemaah terdiri daripada sanak saudara dan rakan di Masjid Negeri jam 1.30 tengah hari.

Suasana di tanah perkuburan diselubung­i pilu apabila anak lelaki mangsa berusia 37 tahun yang masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar hadir.

Adik mangsa, Kamaldin Pin, 54 berkata, jenazah tiga beranak itu dibenarkan dibawa pulang oleh keluarga selepas prosedur bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah selesai pagi semalam.

“Kami bersyukur kerana selepas seminggu berulang-alik dari Arau ke HSB, akhirnya urusan pengebumia­n selamat dilaksanak­an hari ini (semalam).

“Saya anggap perkara ini selesai dan tidak perlu diungkit lagi tragedi yang menimpa kakak sekeluarga,” katanya.

Kamaldin berkata, dia reda dengan apa saja keputusan laporan toksikolog­i yang bakal dikeluarka­n HSB dua bulan lagi.

“Kami anggap ia takdir yang menimpa keluarga kakak,” katanya sugul.

Sebelum ini media melaporkan tiga beranak ditemui lemas di Sungai Arau Khamis lalu, dengan mereka dikatakan meminum racun sebelum terjun ke sungai akibat tekanan hutang dialami keluarga itu.

Berikutan itu, anak lelaki pasangan terbabit ditahan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Jumaat lalu, selepas dia dilihat kali terakhir bersama ibu, bapa dan adik perempuann­ya sebelum kejadian.

Proses pengebumia­n tiga beranak itu ditangguhk­an berikutan hospital perlu menunggu pengesahan cap jari mayat dari Bukit Aman dan laporan toksikolog­i dari Jabatan Kimia HSB.

 ??  ?? PENDUDUK menunaikan solat untuk tiga jenazah mangsa lemas di Sungai Arau.
PENDUDUK menunaikan solat untuk tiga jenazah mangsa lemas di Sungai Arau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia