Harian Metro

Hampir terlepas kereta api

-

Abil cabar diri jelajah Asia seorang diri

Festival Filem Malaysia ke28 ini, dia bagaimanap­un terpaksa memilih untuk berhenti di beberapa hentian utama saja kerana masa sangat terhad.

“Saya memilih beberapa negara saja kerana masa tak panjang memandangk­an selepas ini saya harus terbang ke Korea untuk menemani Keisha bertanding dalam sukan gimnastik,” katanya.

Ditanya adakah dia berdepan sebarang insiden dalam jelajah itu, Nabila berkata, segalanya baikbaik saja kecuali hampir ketinggala­n kereta api apabila tidak sedar jam penggera berbunyi.

“Bayangkan saya bangun tidur setengah jam sebelum kereta api berlepas. Bayangkan betapa kelamkabut­nya saya malah terpaksa berlari dengan beg sandang yang sangat berat.

“Sebenarnya ramai bertanya kenapa saya bawa beg sandang sedangkan saya boleh saja memilih untuk mengembara dengan cara mudah. Sebenarnya saya lebih suka begini apabila mengembara kerana ia membuatkan saya lebih dekat dengan semua benda.

“Di sini saya sudah biasa senang dengan semua perkara dan dimanjakan. Kadang-kadang nak cari parkir kereta pun malas. Semua nak benda mudah. Jadi, apabila mengembara, saya anggap ini sebagai ujian untuk lihat sejauh mana saya boleh berdikari tanpa bantuan orang tersayang.

“Saya memang suka mencipta cabaran untuk diri sendiri. Memang sekali fikir ia seperti menyusahka­n diri, tapi saya hanya fikirkan perkara yang baik di mana saya belajar untuk menyelesai­kan sesuatu perkara apabila menjelajah. Saya dapat kepuasan apabila berjaya menguji diri. Kedengaran pelik, tapi itulah kebenarann­ya,” katanya.

Jelas Abil lagi, dia sedar ramai peminat mengikuti perkembang­an kembara solo dilakukan itu dan tidak kurang juga ada yang meminta tip dan panduan untuk mengikut jejak langkahnya.

“Jangan risau, saya akan kongsi jadual perjalanan dan perbelanja­an supaya mudah untuk sesiapa saja melakukan pengembara­an solo dengan menaiki kereta api.

“Saya juga akan berkongsi tip apa yang boleh dan tak boleh dilakukan sepanjang perjalanan,” katanya.

- Rudy Imran Shamsudin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia