Harian Metro

Rebut apa saja peluang

- Norhayati Nordin yati@hmettro.com.my

Arif mahu berjaya seperti idolnya Fauziah Nawi dan Bront Palarae

Minat mendalam terhadap bidang nyanyian membuatkan Arif Rafee, 22, gigih mencari peluang untuk dikenali dalam industri hiburan tanah air.

Pernah bergerak secara berkumpula­n, Arif kini selesa bergerak solo.

“Selepas kumpulan Zerone bubar pada tahun lalu, saya nekad bergerak secara solo.

“Walaupun tahu laluan untuk mengetenga­hkan bakat dan seterusnya membina nama agak berliku, saya cekalkan hati.

“Kini, apa saja peluang yang datang sama ada menyanyi, berlakon dan mengacara, saya terima,” katanya.

Ketika aktif menyanyi bersama Zerone, kumpulan itu pernah tampil dengan single berjudul Letih Bercinta.

Apa pun, pemuda berasal dari Johor Bahru ini berkata, dia tidak kisah perlu berulangal­ik ke Kuala Lumpur demi mengejar impian.

“Apa saja peluang yang datang depan mata saya akan ambil. Bagi bakat baru seperti saya, semua itu rezeki yang tidak wajar dilepaskan,” katanya.

Barubaru ini Arif muncul dalam program Borak Kopitiam di TV3.

Kemunculan Arif dalam program bual bicara itu selepas video parodinya meniru keletah usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tular di media sosial.

Apapun, Arif yang petah berbicara menyimpan impian mahu menjadi pelakon berjaya seperti Fauziah Nawi dan Bront Palarae.

“Saya sangat suka menonton lakonan Fauziah dan Bront yang cukup mantap dan berkesan.

“Jika berpeluang menceburi bidang lakonan, saya mahu berjaya seperti mereka berdua.

“Fauziah dan Bront adalah idola saya. Oleh itu, saya mengharapk­an impian ini akan jadi kenyataan suatu hari nanti,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia