Harian Metro

Bantu artis berniaga

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

GTAS buka peluang sertai

pelbagai karnival jualan

Gagasan Transforma­si

Anak Seni (GTAS) yang diterajui pelakon Anne Abdullah berjaya membuka peluang buat artis menyertai pelbagai karnival jualan yang berlangsun­g di seluruh negara.

Terbaru, GTAS akan menyertai Jom Gempaq Fest (Gempaq Selebriti) yang akan berlangsun­g di Dataran Tun Sri Lanang, Kota Tinggi, Johor bermula 26 Oktober (esok) sehingga 28 Oktober, jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Anne berkata, lebih 10 ahli terdiri daripada pelakon dan penyanyi terbabit dalam karnival jualan itu.

“Penubuhan GTAS sejak 2015 berjaya mencari banyak peluang membantu hampir 80 ahli terdiri daripada anak seni yang aktif berniaga.

“Syukurlah kerana sudah banyak peluang niaga yang GTAS wujudkan antaranya dalam festival jualan yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain.

“Untuk Kota Tinggi, barisan artis yang terbabit ialah Siti Fairuz, Nadia Kesuma, Dilla Ahmad, Rashid Jaafar, Kapten

Mohd Nor Bon, Rahhim Omar, Ernie Sulastri, Zazly Bagindo, Norazifah dan Zulkifly Ismail,” katanya.

Anne berkata, pada masa sama, 10 lagi ahlinya akan berada di Miri Lefestour Sarawak 2018 yang berlangsun­g di Stadium Tertutup Miri juga pada 26 hingga 28 Oktober.

“Antaranya ialah Black Hanifah, Didie Alias,

Bocey, Badrul Muhayat, Zul Huzaimy, Haqiem Rusli, Amyza Adnan dan ramai lagi.

“GTAS seterusnya akan menyertai karnival jualan lain yang berlangsun­g di Desaru pada 2 November sehingga 4 November dengan menampilka­n artis berbeza selepas itu,” katanya.

Anne berkata, dengan adanya artis, peminat tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan untuk bertemu insan pujaan mereka serta membeli barangan yang dijual.

“Saya berharap pembabitan GTAS dapat menarik perhatian pengunjung, selain membantu mereka mempromosi­kan perniagaan yang diusahakan.

“Selain jualan, banyak juga aktiviti yang bertujuan memeriahka­n karnival ini akan diadakan iaitu persembaha­n artis, zumba, audio show dan pelbagai lagi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANNE dan Badrul Muhayat.
ANNE bersama artis yang menganggot­ai GTAS.
ANNE dan Badrul Muhayat. ANNE bersama artis yang menganggot­ai GTAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia