Harian Metro

Saiyan Reborn Juara Malaysia

- Hazril Md Nor hazril.nor@mediaprima. com.my

Sebut saja Mobile Legends: Bang Bang, kita semua tahu ia adalah permainan mudah alih yang sangat popular dan digemari pelbagai lapisan usia terutamany­a anak muda.

Minggu lalu, eGG Network dengan kerjasama Moonton menganjurk­an

Liga Profesiona­l Mobile Legends (MPL) MY/SG musim kedua bermula pada Jumaat, 19 Oktober hingga Ahad di Paradigm Mall, Main Concourse yang mengumpulk­an lapan pasukan Malaysia termasuk Singapura yang berjaya mendapatka­n kedudukan terbaik pada musim liga sebelum ini.

Mereka adalah Flash Tyrants, EVOS SG, AirAsia Saiyan, Geek Fam Mystic, Traitor, Bigetron SG, Geek Fam ICON dan Saiyan Reborn. Pasukan ini merebut wang tunai terkumpul AS$64,000 selepas hampir tiga bulan bertarung dalam musim liga.

Dalam kejohanan selama tiga hari itu menyaksika­n wakil Malaysia, Saiyan Reborn dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pesaing dari Singapura, EVOS Esports SG dengan markah 3-2 lalu membawa pulang wang tunai keseluruha­n RM128,900.

Saiyan Reborn terdiri daripada kapten pasukan, Akmal Afi Uzair Daud (Silo), Muhd Nurhafis Jamiran (Evil), Muhd Firdaus Abdul Jamil (Rynn), Saw Kee Loong (Loong), Fiqri Atiq Mohd Fauzi Lai (Lacid) dan Muhd Aiqal Amran (Jinn).

Kapten pasukan, Akmal Afi Uzair Daud, 21, berkata, kemenangan ini tidak dijangka kerana pasukan lain yang bertanding hebathebat belaka.

"Kami sebenarnya tidak menyangka pun boleh menang kerana sebelum ini terpaksa berdepan dengan AirAsia Saiyan yang jauh berpengala­man dan bermain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia