Harian Metro

GILAP BAKAT BARU

-

Kelab Patriot Skateboard

anjur Pertanding­an Trik Terbaik Skateboard untuk remaja

ekstrem

inisiatif bagi memberi pendedahan khasnya kepada remaja mengenai sukan papan selaju yang juga salah satu cabang bagi permainan ekstrem.

Katanya, pada masa sama, kelab juga menjadikan pertanding­an itu sebagai platform bagi mengenal pasti bakat baru yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam sukan berkenaan.

“Kelab ini baru ditubuhkan pada Ogos lalu dengan tujuan merekrut ahli terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang berminat mempelajar­i teknik bermain sukan papan selaju.

“Kami menyasarka­n penyertaan golongan muda kerana mahu melatih dan memberi pendedahan kepada mereka di peringkat awal supaya dapat menimba pengalaman menerusi penyertaan dalam pertanding­an dari semasa ke semasa.

“Lagipun, semakin ramai anak muda yang cenderung dalam sukan ini cuma ada antara mereka yang masih tercari-cari platform sesuai untuk mengembang­kan bakat.

“Jadi, peranan kami adalah membantu mereka supaya dapat pergi lebih jauh, seterusnya mewakili negara dalam sukan papan selaju satu hari nanti,” katanya.

Menurut Hairulzain, lebih banyak aktiviti akan dianjurkan kelab pada masa akan datang dan dia berharap perancanga­n diatur berjalan lancar.

Katanya, sambutan anak muda dan sokongan ibu bapa amat diharapkan dalam membantu kelab mencapai matlamat ke arah memupuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan remaja.

“Meskipun julung kali diadakan, pertanding­an ini mendapat sambutan menggalakk­an malah atlet kebangsaan, Yaziru Amiru Basyir dan adiknya, Zai Furqan turut sama mengambil bahagian bagi memberi sokongan.

“Malah, pemilihan lokasi ini juga bertepatan memandangk­an rata-rata ramai anak muda di sini aktif bermain sukan papan selaju.

“Diharap, pertanding­an sebegini dapat diteruskan dengan memperluas­kannya ke lokasi lain bagi menghidupk­an lagi sukan ekstrem di negara ini,” katanya.

 ??  ?? PEMENANG dan penganjur bergambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah Pertanding­an Trik Terbaik Skateboard di Dataran Sri Perak, Bandar Baru Sentul.
PEMENANG dan penganjur bergambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah Pertanding­an Trik Terbaik Skateboard di Dataran Sri Perak, Bandar Baru Sentul.
 ??  ?? AKSI lincah peserta ketika bermain papan selaju.
AKSI lincah peserta ketika bermain papan selaju.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia