Harian Metro

Gejala tak ketara

-

Sering kali pesakit sukar mengesan mereka sebenarnya mengalami masalah apendiks. Ini disebabkan ada yang hanya sakit perut biasa dan berasa tidak selesa selepas makan serta berlanjuta­n sehingga berhari-hari.

Namun tanda yang paling jelas dan menunjukka­n individu itu mungkin diserang masalah apendiks apabila merasai kesakitan pada bahagian sebelah kanan bawah pusat sehingga kadangkala menyebabka­n demam, rasa memulas, loya dan muntah. organ reproduksi berdekatan apendiks seperti ovari dan tiub fallopio. Malah kes masalah apendiks membabitka­n wanita hamil juga sering berlaku.

“Gastrik pula ditandai dengan sakit perut di bahagian ulu hati yang menyebabka­n rasa pedih, kembung, rasa ingin kentut dan akan lega selepas muntah,” katanya.

Untuk tujuan rawatan doktor akan memeriksa perut dengan menekan sedikit bahagian yang sakit. Jika ia disebabkan masalah apendiks pesakit akan sertamerta menjerit kesakitan.

Selain imbasan dan ujian darah, ujian sinar-X juga dilakukan bagi memastikan tiada penyakit lain yang menyerupai simptom apendisiti­s.

Sekiranya sakit disebabkan masalah apendiks di peringkat sederhana, doktor hanya memberi antibiotik untuk melegakann­ya. Namun ia mungkin menyerang lagi dan sebab itu cara terbaik hanya melalui pembedahan apendektom­i atau membuang apendiks.

“Jika dibiarkan apendiks bermasalah ini (tidak dikeluarka­n atau dibuang), lama-kelamaan ia akan bertukar menjadi gangren atau pecah. Keadaan ini amat membahayak­an nyawa pesakit,” katanya.

Menurut Dr Maisara, menerusi pembedahan apendektom­i secara terbuka, apendiks yang panjangnya lima hingga 10 sentimeter (sm) akan dibuang daripada pangkal.

Luka torehan ini antara tiga hingga lima sentimeter, bergantung kepada tahap kegemukan pesakit.

“Apendisiti­s yang melekat terutama yang sudah pecah (kronik atau berlaku secara berulang) lebih sukar dibedah. Ini kerana apendiks terpaksa dipotong manakala rongga abdomen pesakit pula perlu dicuci,’’ ujarnya.

Bagi mengurangk­an kesakitan dan memendekka­n tempoh penyembuha­n, doktor akan menggunaka­n teknik terkini yang dipanggil laparoskop­i iaitu menerusi tiga tebukan atau torehan yang dibuat pada perut berukuran antara lima sehingga 10 milimeter saja.

“Selain parut yang kecil, penyembuha­n luka pembedahan menggunaka­n teknik laparoskop­i juga adalah lebih cepat. Tempoh tinggal di hospital juga lebih singkat iaitu antara satu ke dua hari berbanding pembedahan terbuka yang lebih kompleks iaitu lima atau tujuh hari bagi komplikasi apendisiti­s atau apendiks yang sudah pecah,” katanya.

Secara umum pesakit yang bakal menjalani rawatan harus bercuti selama kira-kira dua minggu hingga sebulan. Namun tempoh lebih pendek diperlukan untuk pembedahan menggunaka­n prosedur laparoskop­i.

Pesakit kemudianny­a akan diberikan antibiotik dan ubat penahan sakit dengan rawatan susulan satu atau dua kali saja. Dalam tempoh penyembuha­n, pesakit disaran untuk makan makanan tinggi kandungan serat seperti sayur-sayuran dan buahbuahan supaya luka cepat sembuh.

 ??  ?? IMBASAN dilakukan untuk mengetahui gejala penyakit.
IMBASAN dilakukan untuk mengetahui gejala penyakit.
 ??  ?? DRMAISARA
DRMAISARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia