Harian Metro

Beri sinar kepada pesakit

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Mendengar mengenai kanser sudah cukup membuatkan setiap orang gerun, apatah lagi jika disahkan menghidapi­nya. Sudah tentu pelbagai perkara negatif bermain di fikiran seperti jangkaan untuk hidup, kos rawatan yang mahal mahupun menghadapi hari mendatang.

Mungkin segelintir daripada kita tidak dapat menerima hakikat apabila disahkan menghidap kanser lantas kehidupan terus berubah 180 darjah. Dulunya seorang yang periang kini menjadi murung, suka menyendiri dan terus mengasingk­an diri daripada masyarakat.

Keadaan ini terjadi akibat stigma masyarakat di negara ini yang menganggap kanser sebagai penamat kehidupan malah ada kalanya sebagaiman­a sukar berdepan penyakit itu sendiri, begitu juga berdepan persepsi orang sekeliling.

Perunding Klinikal Onkologi, Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Wahid berkata, rata-rata pesakit yang didiagnos kanser bimbang dan takut dengan maklumat diterima berkaitan kesan sampingan rawatan yang akan diterima.

Katanya, ada sesetengah­nya mencari jalan keluar dengan mendapatka­n rawatan alternatif disebabkan takut menerima hakikat perubahan fizikal dan mental yang mungkin dialami selepas rawatan di hospital.

“Adakalanya, tindakan ‘terdesak’ pesakit didorong oleh maklumat dan penerangan diberi doktor yang merawat mereka kurang lengkap dan terlalu sukar difahami pesakit.

“Boleh jadi pesakit tidak berpuas hati dengan maklumat yang diterima.

Ini kerana penerangan doktor kadang-kadang terlampau teknikal atau rumit hingga mereka tidak memahaminy­a.

“Apabila mereka dengar mengenai kesan sampingan pula, ada sesetengah pengamal perubatan suka ‘memomokkan’ pesakit dengan kesan seperti rambut gugur dan muntah. Sudah pasti terbayang dalam fikiran mereka kesan selepas rawatan amat teruk.

“Jadi tidak mustahil dek ketakutan yang menyelubun­gi diri, mereka sanggup berjumpa bomoh atau perubatan alternatif yang tidak bertauliah dalam usaha untuk sembuh.

“Pesakit di tahap lanjut yang mungkin tiada harapan pulih pula beranggapa­n tiada apa yang merugikan jika cuba saja mana-mana rawatan yang dipromosi atau diperkenal­kan kepada mereka,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran pelan insurans kanser, PRUcancerX di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Oleh itu, katanya, perlu ada mekanisma dan cara terbaik menjelaska­n maklumat yang memberi keyakinan buat pesakit untuk meneruskan rawatan di hospital.

Apatah lagi katanya, jika didiagnosi­s kanser pada tahap lewat, tidak banyak yang dapat dilakukan selain mengawal penyakit itu. Ini menjadi satu cabaran besar buat doktor perubatan.

Sebab itu katanya, pada peringkat awal kanser, pesakit digalakkan mendapatka­n rawatan secepat mungkin untuk mengurangk­an risiko kanser merebak.

Dalam pada itu, Kementeria­n Kesihatan mendedahka­n satu daripada empat orang rakyat Malaysia dijangka mendapat penyakit kanser menjelang usia 75 tahun.

Disebabkan kemungkina­n seseorang diserang kanser dilihat semakin tinggi, kos rawatan juga meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Bagi melindungi pesakit dan keluarga mereka daripada impak kewangan akibat kanser, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) memperkena­lkan PRUcancer X, satu penyelesai­an pembiayaan kos rawatan yang tinggi dan kemungkina­n hilangnya sumber pendapatan jika seseorang itu terpaksa berhenti kerja untuk fokus dalam usaha pulih daripada kanser.

Kos rawatan kanser boleh jadi mahal dan berkemungk­inan menyebabka­n wang simpanan habis dibelanjak­an. Beban kewangan ini memang benar-benar berlaku kerana lebih 30 peratus pendapatan isi rumah terpaksa dikeluarka­n untuk rawatan kanser.

Penyelidik­an terhadap kesan kewangan dan kanser menunjukka­n 50 peratus daripada rakyat Malaysia berdepan kesukaran kewangan dalam tahun pertama selepas didiagnos dengan kanser.

Keadaan ini memberi kesan yang mendalam kepada keluarga yang datang daripada kelompok berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Menurut Ketua

Pegawai Pelanggan dan Pemasaran PAMB, Eric Wong, mengatasi penyakit kanser sememangny­a memenatkan emosi dan fizikal pesakit serta mereka di sekeliling­nya.

Malah katanya, beban rawatan onkologi boleh menjejaska­n individu dengan pelan insurans yang bagus sekali pun.

“Kos rawatan kanser bukan sekadar belanja di hospital dan ubat-ubatan, tetapi turut merangkumi beban kewangan lain seperti penjagaan selepas rawatan, kos penjaga dan sebagainya.

“Melalui pelan ini, kami harap dapat memberi ketenangan minda kepada pelanggan sepanjang melalui tempoh yang sukar ini. Ini kerana kami tahu mereka mampu memenuhi komitmen kewangan sepanjang tempoh pemulihan dan kekal bermotivas­i untuk mencapai impian pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? DR Mohamed Ibrahim (kiri) dan Eric (kanan) pada pelancaran pelan insurans terbaru.
DR Mohamed Ibrahim (kiri) dan Eric (kanan) pada pelancaran pelan insurans terbaru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia