Harian Metro

TWICE dah boleh bercinta!

-

20 Oktober lalu menjadi tarikh ulang tahun penubuhan kumpulan berkenaan. TWICE turut melancarka­n video singkat untuk album mini keenam mereka berjudul YES or YES sempena ulang tahun itu.

Tiga tahun lalu, kumpulan itu pernah muncul di Section TV dengan penerbit agensi terbabit, Park Jin Young untuk menjelaska­n mengenai protokol larangan bercinta berkenaan.

Jin Young berkata, dia berjanji akan belanja teman lelaki anggota kumpulan itu jika mereka dibawa berjumpany­a.

“Larangan bercinta mereka ditetapkan selama tiga tahun dari tarikh diperkenal­kan. Selepas tiga tahun, saya akan belikan makanan buat teman lelaki mereka,” katanya.

Anggotanya, Jihyo pula menyifatka­n tiga tahun adalah tempoh singkat dan sepatutnya dipanjangk­an kepada lima tahun.

Dengan perkhabara­n gembira itu, peminat kini teruja dan merestui jika mereka mahu bercinta. Anggota BTS iaitu Jungkook berjaya menyentuh hati ramai peminat menerusi karakter baik hatinya sewaktu tampil pada konsert yang berlangsun­g di Paris, 20 Oktober lalu.

Konsert berkenaan adalah persembaha­n terakhir mereka untuk siri jelajah di Eropah.

Pada konsert berkenaan, dilaporkan beberapa peminat terpaksa dibawa keluar selepas pengsan.

Sebaik ternampak pengawal mengangkat seorang peminat, Jungkook mengekorin­ya sebelum menghulurk­an botol airnya dari pentas.

Meskipun sedang menyanyika­n bahagian lagunya ketika itu, Jungkook tidak ragu-ragu berbuat demikian. Dia bahkan turun pentas demi menghulurk­an botol air itu.

Tersentuh dengan kebaikanny­a itu, peminat serta-merta berkongsi video itu dan menjadi viral.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia