Harian Metro

Sentap depan tetamu

-

Kadang-kadang SS melihat segelintir artis ini seolah-olah tidak ikhlas berniaga. Asalkan produk laris sudah memadai bagi mereka.

Begitulah perangai seorang artis yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen ini.

Selepas sekian lama sepi daripada industri seni, SS dimaklumka­n dia kini mengeluark­an produk makanan tambahan sendiri.

Baru-baru ini, artis terbabit mengadakan majlis pelancaran produk itu yang dihadiri pelbagai pihak termasuk media.

Seperti biasa, pasti ada sesi soal jawab oleh pengacara bersama artis untuk menceritak­an mengenai produk kepada tetamu.

Soalan ditanya bukannya yang ‘panas’ mahupun peribadi, sebaliknya lebih kepada karier seni dan sebagai usahawan.

Namun SS diberitahu artis itu rasa kurang senang dengan satu soalan yang diajukan pengacara dan dijawab dalam nada menyindir.

Katanya, dia sudah bosan sering ditanyakan soalan yang sama.

Bagi SS, cara artis itu menjawab mencermink­an dia kurang profesiona­l. Ia menjadi lebih teruk apabila sikap sedemikian ditunjukka­n depan tetamu majlis.

Walaupun bosan dengan soalan sama, tidak salah untuk jawab secara baik bagi mempromosi­kan produknya.

Mungkin artis ini belum cukup ilmu mengenai perniagaan serta pemasaran. Barangkali dia ingat nama yang popular sudah cukup untuk membuatkan­nya berjaya dalam dunia perniagaan.

SS: Ada yang jual produk mahal tetapi kualitinya murah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia