Harian Metro

Tabung Bencana NSTP-Media Prima agih bantuan

-

Baling: Tabung Bencana NSTP-Media Prima di sini, semalam mengagihka­n bantuan bernilai RM30,000 dalam bentuk barangan makanan dan bahan pencuci kepada 150 keluarga mangsa banjir di sekitar daerah ini.

Pengurus Sumbangan dan Sosial Korporat Media Prima Nazim Ismail berkata, setiap keluarga diberikan barangan bernilai RM200 bagi meringanka­n beban mangsa banjir.

Beliau berkata, sumbangan itu hasil bantuan daripada orang ramai menerusi tabung berkenaan.

“Setiap keluarga menerima barangan makanan yang dibeli dari pasar raya besar Tesco.

“Ini usaha murni yang dilakukan NSTP-Media Prima untuk membantu mangsa dalam kerja kebajikan,” katanya selepas mengagihka­n barangan makanan di Pejabat Daerah Baling di sini, semalam.

Sumbangan disampaika­n Pegawai Daerah Baling, Datuk Md Shuhaimie Abd Rahman disaksikan Nazim, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Kedah, Ahmad Rashid dan 10 Briged Sukarelawa­n Media Prima-NSTP.

Md Shuhaimie berkata, 150 keluarga mangsa banjir berpindah ke 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka terjejas.

“Semua keluarga juga menerima RM100 yang disumbangk­an kerajaan negeri melalui JKM.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada NSTP-Media Prima yang datang ke sini (Baling) dan membantu bagi mengurangk­an beban kepada mangsa banjir,” katanya.

Mangsa, Mohd Rokhid Kaafar Sidek, 58, bersyukur menerima sumbangan barangan makanan dan bahan pencuci NSTP-Media Prima.

“Sumbangan barangan dan wang tunai dapat menampung perbelanja­an keluarga dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Saya juga tidak dapat menoreh kerana hujan,” katanya dari Kampung Lalang, Mukim Siong.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh berbuat demikian menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima melalui akaun Maybank di 5141-0532-0757.

 ??  ?? MD Shuhaimie (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan barangan Media Prima kepada mangsa banjir di pekarangan Pejabat Daerah Baling.
MD Shuhaimie (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan barangan Media Prima kepada mangsa banjir di pekarangan Pejabat Daerah Baling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia