Harian Metro

Lawan kanser pada usia meniti senja

-

Kota Bharu: Enam tahun lalu, kehidupan warga emas ini diuji apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga sekali gus membuatkan dia hilang semangat.

Masirah Sajuri, pesara polis itu tidak menduga dia menghidap penyakit yang digeruni wanita ketika usianya menginjak 60 tahun dan pembedahan segera terpaksa dibuat pada 2013.

Selepas itu bermulalah episod rawatan yang dilalui Masirah hingga kini.

Pada usianya 67 tahun, dia menjalani radioterap­i sebanyak 20 kali dan kimoterapi enam kali.

Berkat ketabahan dan kesungguha­n ibu tunggal anak tiga berusia antara 34 dan 39 tahun menjalani rawatan intensif berserta reda Allah SWT, dia akhirnya disahkan bebas kanser, dua tahun lalu.

“Tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya akan menghidap kanser payudara ketika berusia 60 tahun.

“Ketika itu, saya hanya berasa sakit sedikit dan apabila menyentuh payudara, rasa dapat rasakan ketulan menyebabka­n saya terus ke hospital.

“Apabila dimaklumka­n kanser, saya akui memang hilang semangat dan sedih ketika itu. Bayangkan ketika pembedahan membuang payudara sebelah kiri, saya hanya sendirian kerana suami dan menantu sudah meninggal dunia hingga menyebabka­n emosi anak saya tidak stabil.

“Saya sendirian sepanjang berada di hospital dan terpaksa menguatkan semangat untuk meneruskan hidup,” katanya di sini, semalam.

Masirah yang berasal dari Johor berkata, dengan kuasa Allah dan berkat kecekalann­ya serta mengamalka­n gaya hidup sihat termasuk menjaga pemakanan, dia disahkan bebas kanser.

“Kini saya sudah tidak mengambil sebarang ubat dan makanan tambahan lain selain perlu membuat pemeriksaa­n mamogram setahun sekali.

“Apa yang saya boleh katakan kepada mereka di luar sana, jangan takut membuat pemeriksaa­n dan menjalani rawatan di hospital.

“Kita sepatutnya percayakan doktor, bukannya percayakan bomoh,” katanya.

Menurutnya, doktor juga mengingatk­an dia supaya tidak mengambil sebarang makanan tambahan tanpa merujuk pakar perubatan terlebih dulu kerana bimbang pengambila­n makanan tambahan mengaktifk­an semula sel kanser.

 ?? Masirah ?? Kepada mereka di luar sana, jangan takut buat pemeriksaa­n dan menjalani rawatan di hospital. Kita sepatutnya percayakan doktor, bukannya percayakan bomoh”
Masirah Kepada mereka di luar sana, jangan takut buat pemeriksaa­n dan menjalani rawatan di hospital. Kita sepatutnya percayakan doktor, bukannya percayakan bomoh”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia