Harian Metro

Derita macam-macam penyakit

-

Yan: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itulah ungkapan tepat menggambar­kan penderitaa­n yang ditanggung seorang bayi Sindrom Down berusia enam bulan yang turut menghidap empat penyakit berkaitan jantung, selain dilahirkan tanpa lubang dubur.

Ibunya, Zuraidah Azlinda Mehad, 34 berkata, Muhammad Rezfan dikesan menghidap penyakit itu sejak lahir, malah kedua-dua matanya turut diselaputi katarak.

“Anak sudah menjalani pembedahan untuk melakukan stoma pada usia dua hari.

“Dia juga disahkan menghidap masalah jantung yang mana saluran utama jantungnya sempit dan berlubang di tengah, injap jantung turut menerima darah tidak beroksigen dan jantungnya lebih ke kanan.

“Doktor akan melakukan pembedahan jantung jika beratnya sudah mencecah 10 kilogram, namun bagi pembedahan katarak mata, ia akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bulan depan,” katanya ketika ditemui di rumah orang tuanya di Kampung Pulau Mas, Simpang Tiga, Sungai Daun, di sini.

Ibu kepada empat anak ini berkata, wang gajinya sebanyak RM850 sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) hanya cukup untuk membeli susu khas, tiub makan dan lampin pakai buang yang mencecah hampir RM800 sebulan.

Katanya, makan minum

keluargany­a kini ditanggung oleh ibu bapanya, selain persekolah­an dua anak berusia enam dan 12 tahun.

Bagi mereka yang mahu membantu, Mohd Fazli boleh dihubungi di talian 014-6781582/0169082423 atau menerusi nombor akaun BSN Zuraidah (0213829000­035611).

Sementara itu, suami Zuraidah, Mohd Fazli Muhamad Radzuan, 34, berkata, dia terpaksa berhenti kerja tujuh bulan lalu untuk menjaga isterinya yang kerap dimasukkan ke wad akibat masalah radang hati serta pendarahan sebelum bersalin.

Katanya, apabila Muhammad Rezfan dilahirkan, masalah sama turut berlaku dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital hampir setiap minggu.

“Saya memang mahu bekerja tapi tiada siapa yang berani mengasuh Muhammad Rezfan. Dia makan melalui tiub selain turut bimbang akan terkena serangan jantung.

“Isteri saya tidak boleh memandu, jika berlaku sesuatu, anak kami perlu segera dibawa ke hospital.

“Jadi saya yang berkorban menjaga Muhammad Rezfan, penjagaan anak saya amat rumit,” katanya. Kluang: “Saya diberitahu tempoh hayat isteri hanya 14 hari saja,” kata Ku Ahmad Azroy Ku Soh, 29, menceritak­an penderitaa­n isterinya, Siti Nurul Atiqah Zainal, 27.

Siti Nurul Atiqah yang menghidap kanser kulit dan limfoma dibenarkan pulang ke rumah pada 23 September lalu selepas menjalani rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) sejak pertengaha­n 2017.

Menurut Ku Ahmad Azroy, walaupun itu sebagai tanda tiada harapan untuk isterinya kembali sihat seperti biasa, dia tetap menggagahk­an hati dan semangat untuk memberikan rawatan terbaik kerana yakin hidup dan mati adalah ketentuan Allah SWT.

Katanya, kini hampir sebulan isterinya berada di rumah dan sudah pun melepasi tarikh ditetapkan.

Namun berbekalka­n semangat kuat, isterinya yang juga bekas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih bernafas walaupun hanya mampu terbaring dan bergantung kepada ubat penahan sakit.

“Dia hanya tidur sepanjang waktu selepas keluar hospital bulan lalu dan apabila bangun, dia meracau tidak tentu hala sambil menangis menyebabka­n saya terpaksa memberikan­nya ubat penahan sakit,” katanya.

Bagi mereka yang bersimpati boleh menyalurka­n bantuan di nombor akaun Bank RHB 1124576008­5031.

 ??  ?? ZURAIDAH Azlinda bersama Muhammad Rezfan. MOHD Fazli menyusukan bayinya menggunaka­n tuib di hidung.
ZURAIDAH Azlinda bersama Muhammad Rezfan. MOHD Fazli menyusukan bayinya menggunaka­n tuib di hidung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia